Melayu itu Indah Hebat Gagah

Just another WordPress.com weblog

Rambut/Kepala wanita bukan aurat

Wanita melayu itu molekWanita melayu itu indah menawanAurat bagi wanita merupakan pokok perjuangan seorang yang menggelarkan mereka agamawan. Tidak pernah mereka yang bergelar ustaz atau ustazah tidak menyentuh tentang aurat wanita. Aurat melebihi segala2 dalam kehidupan mereka sebagai seorang manusia di dunia ini.

Namun anda sedarkah berapa banyak ayat quran dan hadith nabi mengenai aurat wanita?

Ahli2 fekah akan menggunakan ayat 31 dari surah an-nur dan hadith asma binti abi bajr dari sunan abu dawud untuk mengatakan bahawa rambut/kepala wanita adalah sebahagian dari aurat yang bermaksud perlu ditutupi.

Sebahagian dari ayat 31 dari surah an-nur berbunyai sebegini “Walyadribna bikhumurihinna ala juyubihinna”

Maksudnya, “dan tutuplah mereka dengan penutup ke atas dada mereka”

Namun sedihnya, ustaz-ustaz dan ustazah2 yang belajar di negeri arab menterjemahkan menjadi “dan pakailah tudung ke atas kepala mereka”, atau “dan pakailah tudung sehingga ke paras dada”

Walhal maksud ‘ala’ itu adalah di atas dan maksud ‘juyubihinna’ adalah dada mereka’, namun disebabkan mereka begitu bersemangat sehingga nafsu menutupi iman mereka mereka telah menukar maksud ‘di atas’ menjadi ‘sehingga’ dan ‘dada’ menjadi ‘kepala’

Perkataan khumuri itu atau khimar memang biasanya digunakan sebagai tudng kepala namun perkataan khumuri itu asalnya maksudnya ‘penutup yang menutup’ dan boleh digunakan untuk menutup tong atau kapal atau lain-lain.

Selain itu mereka menggunakan hadith mengenai asma binti abi bajr  dari muka 62 volume 4 dari sunan abu dawud yang kononnya muhammad berkata kepada asma bahawa aurat wanita adalah seluruh tubhnya kecuali muka dan tapak tangan.

Aishah berkata, “Asma binti Abi Bajr telah masuk ke dalam rumah Nabi. Ketika itu dia memakai baju labuh nipis dan jarang. Nabi berpaling daripadanya dan berkata, “Oh Asma, apabila perempuan sudah mencapai umur akil baligh, tidak wajar ia berpakai seperti itu kecuali ini dan ini”, sambil Nabi tunjuk ke muka dan tangannya.

Walhal di dalam buku yang sama Abu Dawud sendiri mengatakan bahawa hadith itu bermasalah kerana sanadnya terputus. Salah seorang rawinya Khalid bin Duraik tidak pernah bertemu dengan Aishah, malahan Khalid bin Duraik tidak dikenali oleh huffaz (ahli-ahli hadith).

Jika benarlah kebenaran hadith ini, kenapa kerajaan Arab Saudi menetapkan bahawa wanita mereka perlu menutup muka (memakai purdah)

Ayat lain yang menceritakan tentang aurat wanita adalah ayat 59 surah al-ahzab. Ayat ini menyuruh wanita untuk melabuhkan kain mereka. Ayat ini sekali lagi tidak menyuruh wanita menutup rambut atau kepala.

Maka dari ayat 31 surah an-nur dan ayat 59 sura al-ahzab kita dapat simpulkan aurat wanita adalah dari dada ke kaki, tidak termasuk rambut/kepala.

Kenapa wanita-wanita arab saudi menutup rambut dan muka, ini kerana penutupan itu adalah budaya mereka dan telah menjadi dikri kerajaan yang memerintah.

Itu kerana pada masa ini, sejurus sahaja mereka keluar dari negara mereka, mereka semua membuang tudung dan purdah mereka. Maka undang-undang yang menyuruh memakai jilbab itu adalah undang-undang pemerintah bukan undang-undang Tuhan.

Malaysia dan Melayu budayanya tidak memakai tudung, kenapa kita perlu ikut budaya arab yang menutup rambut. Malah kita lihat negara Islam yang lebih liberal, seperti mesir, jordan, UAE, syria, perempuan-perempuan mereka sama ada islam atau tidak, ada yang tidak memakai tudung.

Oleh itu jadilah kembali seperti wanita melayu, jangan terikut-ikut budaya mereka. Menjadi melayu tidak menjadikan kita mengingkari seruan Tuhan. Menjadi Melayu kita masih boleh memasuki syurga.

May 26, 2008 - Posted by | Religion/Agama | , , , , , ,

20 Comments »

  1. salam,
    1.saya pernah bercakap dengan seorang rakan kristian(x pasti mazhab ape)
    dia kate orang kristian perempuan menampakkan rambutnye sebab itu adalah ‘mahkota’ yang diberi Tuhan..
    Nabi tidak suke mengikuti org kafir
    2.Saye pernah terbace syaitan akan bertenggek di atas leher perempan(sebab x bertudung) dan menjadikannya menarik di mata lelaki lalu menggoda mereka.
    3.Seorang lelaki akan jelik melihat perempuan yang x memakai tudung sebaliknya perempuan yang pakai tudung dengan cermat sejuk mata apabila dipandang
    4.lagipun dalam Quran aurat perempuan seluruh badan kecuali muka dan tapak tgn.

    Comment by abdullah | June 12, 2008 | Reply

  2. sila berikan full text hadith itu dari buku mana, nombor berapa.

    dan berikan ayat al-quran surah apa ayat berapa

    Comment by radzwill | June 14, 2008 | Reply

  3. Rasulullah saw. bersabda,
    “Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.”
    Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

    Comment by Bijan | June 25, 2008 | Reply

  4. Aurat Wanita dari Firman Allah & Hadis Nabi
    Bulu kening

    Menurut Bukhari, “Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.”

    Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

    Kaki (tumit kaki)

    “Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.”

    An-Nur: 31.

    Keterangan:

    Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

    Wangian

    “Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.”

    Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

    Dada

    “Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. ”

    An-Nur : 31

    Gigi

    “Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.”

    Riwayat At-Thabrani,

    “Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah”.

    Riwayat Bukhari dan Muslim

    Muka dan Tangan

    “Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.”

    Riwayat Muslim dan Bukhari.

    Tangan

    “Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya”.

    Riwayat At Tabrani dan Baihaqi

    Mata

    “Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya.”

    An Nur : 31.

    Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan.”

    Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

    Mulut (suara)

    “Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.”

    Al Ahzab: 32.

    Sabda SAW, “Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.”

    Riwayat Ibn Majah.

    Kemaluan

    “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. ”

    An Nur : 31.

    “Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.”

    Riwayat Al Bazzar.

    “Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.”

    Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

    Pakaian

    “Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.”

    Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

    “Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.”

    Riwayat Bukhari dan Muslim.

    Keterangan:
    Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

    “Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.”

    Al Ahzab : 59.

    Rambut

    “Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.”

    Riwayat Bukhari dan Muslim.

    Comment by Bijan | June 25, 2008 | Reply

  5. Baik kita kekal dibawah satu tajuk. Iaitu perlukah seorang perempuan itu menutup rambutnya?

    Hadith kamu mengenai rambut iaitu “wahai anakku fatimah! Adapun perempuan2 yang akan digantung rambutnya hingga mendidih…….”
    adalah kali pertama saya dengari. Tidak pernah sebelum ini disebut-sebut di mana2 kelas pengajian agama, ustaz2 mahupun makalah2.

    Sila berikan nombor volume ini dan no hadith ini agar dapat saya check status hadith ini samada sahih ataupun palsu.

    Comment by radzwill | June 25, 2008 | Reply

  6. bodo sangat apsal nih?
    dah ditulis dalam hadis, quran, apsal nak salahkan gak?
    ade ke hadis cakap rambut tu halal ditengok kaum bukan mahram,
    ke anda nak cipta hadis atau ayat quran?
    hai, da nak akhir zaman btul..
    ko tau x menyalahkan hadis/ayat quran tu dijatuhkan hukuman kafir?
    dah buat dosa, lagi nak menegakkan benang yang basah,
    dasar melayu bodo.

    Comment by islam sebenar | January 13, 2009 | Reply

  7. a. Hadits Pertama:

    لا يقبل الله صلاة حائض إلا بخمار

    “Tidak diterima shalat wanita yang sudah haidh (baligh –pen) kecuali menggunakan khimar (kerudung).”[16]

    b. Hadits Kedua:

    أن أسماء بنت أبي بكر دخلت على النبي ( صلى الله عليه وسلم ) في ثياب
    رقاق فأعرض عنها وقال: يا أسماء إن المرأة إذا بلغت المحيض لم يصلح أن
    يرى منها إلا هذا وهذا . وأشار إلى وجهه وكفيه

    “Sesungguhnya Asma’ binti Abibakr (saat itu ia masih remaja –pen) masuk ke tempat Nabi SAW menggunakan pakaian yang menampak samar-samar bayang-bayang kulit di bawahnya, maka Nabi SAW berpaling darinya sambil bersabda: Wahai Asma’ sesungguhnya wanita itu jika sudah haidh tidak boleh nampak bagian tubuhnya kecuali ini dan ini, beliau SAW memberi isyarat pada wajah dan tapak tangannya.”[17]

    c. Hadits Ketiga:

    صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ
    كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ
    عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ
    الْمَائِلَةِ لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ
    رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

    “Ada 2 kelompok manusia penghuni neraka yang belum pernah kulihat (saat beliau SAW hidup –pen), yang pertama laki-laki yang memegang cambuk seperti ekor sapi yang kerjanya memukuli manusia dengannya; yang kedua wanita yang berpakaian tetapi telanjang kalau jalan berlenggang-lenggok menggoda rambutnya seperti punuk unta, 2 kelompok ini tidak masuk Syurga dan tidak bisa mencium bau Syurga, padahal baunya tercium dari jarak sekian dan sekian (jarak yang amat jauh –pen).”[18]

    Comment by Islam Sebenar | January 13, 2009 | Reply

    • Hadith pertama adalah mengenai dalam sembahyang

      Hadith kedua berstatus daif. Tolong jangan kemukakan hujah menggunakan hadith daif. Kamu akan engtengkan darjat kamu.

      Hadith ketiga tidak merujuk bahawa Nabi menyuruh wanita menutup kepala

      Comment by gigidnl | February 6, 2009 | Reply

  8. Penetapan hukum ini perlu ada adab dan prosesnya.. Tidak boleh hentam keromo dan berdasarkan pendapat individu.. Kerana itu jumhur ulama lebih penting kerana disiplin ilmu mereka serta hukum itu ditetapkan setelah dibincang sedalam-dalamnya oleh perkumpulan ulama berdasarkan sumber Al-Quran dan hadis. Mereka tidak duduk di meja kopi, bersembang kosong sambil bermain dam ketika berbincang untuk menetapkan sesuatu hukum..Harap dapat dimurnikan tulisan saudara..Sekadar renungan dari saudara seIslam yang sayangkan saudaranya..

    Comment by mat kepoh | February 5, 2009 | Reply

  9. Penetapan hukum ini perlu ada adab dan prosesnya.. Tidak boleh hentam keromo dan berdasarkan pendapat individu.. Kerana itu jumhur ulama lebih penting kerana disiplin ilmu mereka serta hukum itu ditetapkan setelah dibincang sedalam-dalamnya oleh perkumpulan ulama berdasarkan sumber Al-Quran dan hadis. Mereka tidak duduk di meja kopi, bersembang kosong sambil bermain dam ketika berbincang untuk menetapkan sesuatu hukum..Harap dapat dimurnikan tulisan saudara..Sekadar renungan dari saudara seIslam yang sayangkan saudaranya..Lg satu..Jgn lupa wanita Melayu terdahulu juga menggunakan kain batik sebagai kerudung mereka..Kerana waktu itu fesyen tudung bawal bersama keronsang atau tudung ala permaisuri belum popular..

    Comment by mat kepoh | February 5, 2009 | Reply

    • Tidak wanita melayu tidak bertudung. Mereka bersanggul. Mereka hanya mengalas kepala jika ingin pergi membasuh baju kerana tidak mahu kepala mereka basah.

      Islam itu fleksibel mengikut zaman. Pemahaman orang dahulu tidak akan sama dengan pemahaman orang zaman sekarang. Pemahaman orang arab tidak sama dengan pemahaman orang luar arab.

      Allah menghalalkan perbezaan pendapat sejajar dengan kekayaan variasi agamanya.

      Jangan kita menyempitkannya

      Comment by gigidnl | February 6, 2009 | Reply

  10. Rambut Perempuan

    Menurut pandangan masyarakat Islam pada umumnya, rambut perempuan merupakan anggota tubuh yang tidak boleh diperlihatkan di depan umum. Perdebatan pada umumnya mengacu ke surat An Nuur ayat 31 dan Hadis Nabi. Dua teks itu membawa kesimpulan yang umumnya dianut iaitu perempuan dewasa wajib bertudung (khimar) menutupi rambutnya di depan umum.

    Pertanyaannya adalah, bagaimana bila kedua teks itu tidak dimaksudkan demikian? Bagaimana bila dikatakan rambut perempuan itu boleh diperlihatkan di depan umum?

    Surat An-Nuur 31

    “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya;

    Dan hendaklah mereka meletakkan penudung mereka pada dada mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka memiliki (hamba daripada rampasan perang),

    Atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan”

    Ayat surah Annur:31 ini menyebutkan bahwa perempuan haruslah (i) menjaga kehormatan dalam cara berpakaian, (ii) tidak memperlihatkan perhiasan kepada selain muhrimnya, anak-anak yang belum dewasa, dan laki-laki kasim; kecuali yang biasa terlihat, (iii) menutupi dadanya (dengan menggunakan khumur (penutup).

    Kata ‘kehormatan” itu sebenarnya tafsiran dari kata asalnya yang tertulis, yaitu saw’atihima, yang ertinya organ seksual (anggota aib). Bila melihat kata asalnya, jelas bahgian mana yang disebut dengan organ seksual, rambut tidak termasuk kedalamnya. Sementara kata kehormatan memang lebih luas maknanya, mencakup aspek perilaku dan keperibadian.

    Pengertian perhiasan memang luas dan Al Qur’an tidak secara spesifik menunjuk kepada satu hal mengenai apa yang dimaksud dengan perhiasan. Boleh bermaksud perhiasan dalam erti gelang, cincin, kalung, anting, dan sebagainya. Boleh juga dandanan / hiasan perempuan (termasuk aksesori tadi). Boleh juga termasuk bahagian tubuh tertentu (dalam hal ini ada yang menafsirkan termasuk juga rambut). Namun bila yang dimaksud adalah bahagian tubuh tertentu, ayat ini secara spesifik sudah menetapkan kemaluan dan bahagian dada. Apabila rambut atau bahagian tubuh lainnya juga harus ditutup, mengapa tidak disebutkan secara spesifik? Sementara, kemaluan dan dada disebutkan secara tegas. penyataan “kecuali yang biasa terlihat” seakan menegaskan bahwa selain organ genital dan sekitar dada, maka pengertian bagian tubuh dan perhiasan dapat diserahkan kepada kebiasaan lokal.

    Penyataan “hendaknya meraka menutupkan kain tudungnya ke dadanya jelas sekali adalah perintah menutupi dada; bukan menutupi rambut, ataupun menggunakan tudung. Mengapa harus menggunakan tudung untuk menutupi dada? Menurut Muhammad Said al-Asymawi (seorang juris, pakar perbandingan hukum Islam dan hukum konvensional, mantan Kepala Pengadilan Tinggi Kairo, Mesir), pada zaman Nabi dahulu, perempuan Arab memang sudah memakai tudung sebelum turunnya Surah Annur ayat 31 namun pemakaiannya menjuntai ke belakang, sementara dadanya dibiarkan terbuka (Muhammad Said al-Asymawi, Kritik Atas Jilbab, 2003). Jadi, daripada tudung itu menjuntai ke belakang, lebih baik julurkan ke depan untuk menutupi dada. Tuhan hanya membetulkan cara pakaian mereka sahaja dan bukannya mewajibkan tudung.

    Namun Ulama sekarang mengubah “keatas dada mereka”(ala juyubihinna) menjadi “sehingga dada mereka” (ila juyubihinna). Sedangkan maksud ala( ke atas) dan ila (sehingga) itu amat berbeza.

    Tidaklah boleh kita menyangkakan Al-Quran itu tersirat dengan pelbagai makna mendalam yang sukar kerana Al-Quran tidak begitu. Ia mudah difahami oleh semua orang dengan jelasnya.

    “Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Qur’an untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?” (Al Qamar: 17)

    Ibnu Qayyim mengatakan:

    “Barang siapa yang mengatakan: ‘Sesungguhnya Al Qur’an memiliki takwilan yang tidak kita pahami dan tidak kita ketahui, kita hanya membaca lafadz-lafadznya sebagai bentuk ta’abbudi (beribadah saja)’, maka sungguh dalam hatinya terdapat penyimpangan.”

    Ulasan terhadap hadis:

    HR Abu Daud dari Aisyah bahwa Asma putri Abu Bakar suatu hari berkunjung ke rumah Nabi, lantas Nabi bersabda menegurnya: “Wahai Asma! Bila seorang gadis telah haid, tidak boleh (lam yasluh) terlihat bagian organ tubuhnya kecuali bagian ini (Nabi menunjuk muka dan kedua telapak tangannya).”

    Hadis lainnya, Aisyah meriwayatkan, bahwa Nabi pernah bersabda: “Tidak halal (la yahill) bagi seorang perempuan yang telah baligh, sementara dia beriman kepada Allah dan hari akhir, terlihat bagian organ tubuhnya, kecuali muka dan kedua tangannya, sampai batas ini (Nabi menggenggam setengah lengannya).”

    Hadith ini tidak boleh digunakan dalam mentahqiq hukum secara qat’i (putus) mahupun Dzanni (sangkaan) kerana kesahihan hadith tertolak kerana:

    Hadis ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam kitabnya Sunan Abu Daud, jld 4, ms 521, no: 3945. Berkata Abu Daud: Hadis ini mursal, Khalid bin Duraik belum pernah menemui A’isyah radiallahu ‘anha. Dalamnya juga terdapat Sa‘id bin Basyir Abu Aburrahaman al-Bashari, tamu Damsyik, maula Bani Nashr, tidak seorang yang membincangkannya.

    Dalam hadis terdapat dua kelemahan, pertama kerana salah seorang perawinya (orang yang mendengar hadith) iaitu Khalid bin Duraik ternyata tidak pernah menemui A’isyah radiallahu ‘anha. Kedua Sa‘id bin Basyir adalah seorang perawi yang daif.[3] Hadis ini juga dikeluarkan oleh al-Baihaqi dalam Syu‘aib al-Iman, jld 6, ms 165, no: 7796 dan Sunan al-Kubra, jld 7, ms 138, no 13496 melalui jalan yang sama.

    Kedaifan hadis ini sebagaimana terang Abu Daud menyebabkan sesetengah pihak, terutamanya di kalangan modernis menolak kewajipan memakai tudung bagi wanita Islam.

    Akan tetapi semakan lanjut mendapati hadis ini memiliki beberapa penguat yang lain. Pertama, hadis yang dikeluarkan oleh al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, no: 13497, al-Thabarani dalam Mu’jam al-Ausath, jld 6, ms 169, no: 8394 dan Mu’jam al-Kabir, jld 24, ms 142, no: 378 melalui jalan isnad yang lain dengan maksud yang sedikit berbeza, iaitu ketika menunjuk ke tangannya, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menarik lengan baju sehingga tidak ternampak kecuali jari-jari tangan.

    Berkata al-Baihaqi selepas mengemukakan riwayat kedua ini: Isnadnya daif. Kedaifan isnad tersebut disebabkan oleh dua perawi, sebagaimana yang diterangkan oleh Mahmud Hasan Ismail, penyemak Mu’jam al-Ausath, iaitu:

    [1] Ibn Luhai‘ah: Dia jujur tetapi terdapat campur aduk dalam riwayat yang disampaikannya.

    [2] ‘Iyadh bin ‘Abd Allah bin ‘Abd al-Rahim: Dia longgar, yakni tidak mantap dalam meriwayatkan hadis.

    Tanpa menafikkan bahwa ada kemungkinan memang Nabi telah bersabda seperti tersebut di atas, fakta bahwa Nabi tidak mengumumkan secara luas mengenai aturan berpakaian menunjukkan bahwa Nabi memang tidak ingin mengatur. Bila Nabi berketetapan untuk menerapkan peraturan berpakaian seperti dalam hadis di atas sebagai “peraturan awam” yang mengikat, mengapa beliau tidak mengumumkannya, seperti ketika beliau mencontohkan solat dengan begitu terperinci?

    Namun ada ulama yang menggunakan dalil berikut untuk menyokong kewajipan bertudung:

    Dicerikan oleh Aishah r.a, bahawa apabila para isteri nabi hendak buang air pada malam hari, mereka pergi ke tanah lapang. “Umar (Bin Khatab) mengusulkan kepada Nabi supaya menyuruh para isteri beliau memakai hijab, tetapi Rasullullah tidak berbuat apa-apa. Pada suatu malam isteri nabi Zam’a keluar waktu Isha’ dan dia adalah seorang yang tinggi perawakannya, lalu Umar menyapanya “Hai kami mengenal engkau, hai Saudah. Dia menyapa kerana sangat mengharapkan supaya turun ayat (perintah hijab) memang sesudah itu turun ayat hijab” Sahih Bukhari No 105 Jilid 1, ms 77.

    Adakah ayat hijab (Annur 31) menyokong umar atau menjawab umar? Ini adalah satu persoalannya. Jelas dalam hadith di atas bahawa Nabi sendiri tidak berbuat apa-apa selepas Umar mengusul untuk isteri nabi berhijab (tudung). Kemuadian kelihatan Umar tidak berpuas hati lalu mengintip (seperti mengekori) isteri nabi dan sangat mengharapkan ayat hijab turun selepas itu.

    Jika Ulama mengatakan ayat hijab untuk menyokong umar, adakah Umar begitu tinggi tarafnya berbanding Nabi sehingga menyedari tentang hijab lebih awal berbanding Nabi? Apakah kelebihan Umar di sini?

    Sedangkan dalam suatu peristiwa yang lain jelas bahawa Umar kadangkala melakukan sesuatu yang melebihi had hukum. (Semoga Allah merahmati Umar Ibn Al khattab):

    Al-Imam al-Ghazali menyebut:

    “Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta‘ala telah melarang hal ini. Kisah ‘Umar dan ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf mengenai perkara ini sangat masyhur. Kami telah menyebutnya dalam kitab Adab al-Suhbah (Adab-Adab Persahabatan). Begitu juga apa yang diriwayatkan bahawa ‘Umar r.a. telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar. Lelaki tersebut telah membantah ‘Umar dan berkata: “Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakai-Nya pada tiga perkara. ‘Umar bertanya: “Apa dia?”. Dia berkata: Allah Taala telah berfirman (maksudnya: Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain). Sesungguhnya engkau telah melakukan.

    Maka sudah dapat kita fahami bahawa di suatu sudut yang lain surah Annur 31 diturunkan untuk menjawab Umar bahawa tudung kepala tidak di syariatkan bahkan disuruh menutup bahagian aib seperti belahan dada. Tidak mungkin umar mendapat petunjuk lebih awal dari Rasulullah. Sememangnya Saidina Umar R.A diiktiraf kealimannya dan waraknya. Namun tidaklah satu manusia biasa bebas dari kesilapan.

    CUBA KITA AMATI AYAT BERIKUT:

    Wahai orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke rumah Nabi, kecuali kamu diizin untuk menghadiri jamuan, bukan dengan menunggu masa sajiannya; tetapi apabila kamu dijemput maka masuklah; kemudian setelah kamu makan maka hendaklah kamu bersurai dan janganlah dengan berbual-bual. Sesungguhnya yang demikian itu mengganggu Nabi sehingga ia merasa malu kepada kamu, sedang Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran. Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. (Al-Ahzab:53)

    Ayat ini diguna pakai oleh sesetengah ulama ‘extreme’ untuk mewajibkan purdah/niqab. Tabir yang dikatakan dalam ayat dengan mudah dikatakan purdah atau niqab. Ini amat berlebih-lebih dalam menafsir disamping pemikiran si penafsir dirasuk budaya arab. Pada permulaan ayat jelas menerangkan ayat ini mengkhususkan keadaan isteri nabi di dalam rumah. Sudah tentulah tabir itu bermaksud tingkap atau langsir dan bukannya purdah. Amat mudah mereka menokok tambah maksud ayat hanya kerana ingin mempromosi budaya purdah (budaya arab).

    Sesetengah ulama (lebih longgar) yang lain pula menafsir tabir itu sebagai hijab/jilbab atau lebih dikenali sebagai tudung kepala. Jika inilah yang dimaksudkan oleh ulama itu, sudah tentulah sudah tertera dengan jelas di dalam Al-Ahzab:53 bahawa perintang hijab/jilbab/tudung itu hanya khas untuk isteri nabi.

    Pasti ulama akan jawab bahawa hukum kepada isteri nabi dan wanita biasa tidak berbeza. Menurut kajian penulis, hukum kepada isteri nabi dan wanita biasa adalah berbeza dalam beberapa hal.

    Buktinya dalam ayat berikut:

    Ertinya : Wahai isteri-isteri Nabi, barangsiapa di antaramu yang melakukan maksiat dengan jelas, maka di gandakan azab buatmu dua kali ganda” (Al-Ahzab:59)

    Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti perempuan yang lain kalau kamu bertakwa. Maka janganlah kamu berbicara dengan lembut manja kerana boleh menimbulkan keinginan orang yang di dalam hatinya ada penyakit; dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik, sesuai dan sopan.(Al-Ahzab:32)

    Wahai orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke rumah Nabi, kecuali kamu diizin untuk menghadiri jamuan, bukan dengan menunggu masa sajiannya; tetapi apabila kamu dijemput maka masuklah; kemudian setelah kamu makan maka hendaklah kamu bersurai dan janganlah dengan berbual-bual. Sesungguhnya yang demikian itu mengganggu Nabi sehingga ia merasa malu kepada kamu, sedang Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran. Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik takbir. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka. Dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah, dan tidak boleh bahawa kamu berkahwin dengan isteri-isterinya sesudah ia wafat, selama-lamanya. Sesungguhnya segala yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah. (Al-Ahzab:53)

    Ayat-ayat di atas terbukti berbeza kiraan dosa antara isteri nabi dan wanita biasa. Jika kita meneliti dan berfikir mengapa isteri nabi dilarang berkahwin lagi lepas kewafatan nabi, pasti tiada jawapannya kerana kita lihat wanita biasa boleh berkahwin lagi selepas tamah iddah. Ini hukum yang jelas berbeza namun kita terimanya sebagai hukum Allah. Tidak boleh dipertikai lagi.

    Jika didebat sekalipun maksud tabir itu hijab, jilbab, purdah, atau tudung, ia tidak lagi bermakna kerana semua isteri-isteri nabi sudah pun wafat. Maka tidak lah menjadi kewajipan kepada wanita sekarang untuk bertudung atau berpurdah.

    Jika kita hanyamendengar percakapan umum untuk menentukan kebenaran, maka maka nescaya kesesatan itu benar.

    “Dan jika kamu menuruti kebanyakan (majoriti) orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan diri kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanya mengikuti persangkaan belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)”. (QS. Al-An’am, 6:116)

    Daripada Abdullah Bin Mas’ud, Diriwayatkan oleh Al-Imam Darimin dalam musnad Ad -Darimin:

    “Apa akan terjadi kepada kamu nanti (nasib kamu), apabila fitnah (bid’ah) itu menyelubungi kamu, sehingga orang-orang yang tua telah tua dalam keadaan fitnah itu, dan anak-anak kecil membesar dalam keadaan fitnah itu, dan orang ramai menganggap fitnah itu adalah sunnah (sesuatu yang dilakukan dan diajarkan oleh nabi) sehingga apabila ditinggalkan sesuatu dari amalan fitnah itu, mereka mengatakan “engkau telah meninggalkan sunnah”

    “Diperlihatkan kepadaku umat-umat manusia. Maka aku dapati ada nabi yang mempunyai seorang pengikut. Ada pula nabi yang mempunyai dua orang pengikut. Ada pula yang mempunyai beberapa orang pengikut. Ada juga nabi yang tidak mempunyai seorang pengikut pun…” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

    Oleh itu kebenaran bukanlah berdasar kepada majoriti atau kata-kata orang sebaliknya kebenaran dihakimi oleh Al-Quran dan Sunnah serta pembuktian kesahihan dalil.

    Jangan juga kerana ia nampak baik maka dengan mudah kita katakan ia adalah perkara yang benar.

    “Katakanlah: “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan mereka yang paling rugi amalannya? (Iaitu) mereka yang telah sia-sia kerja buatnya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka (dengan akal sendiri) bahawa mereka melakukan amalan yang baik”. (Surah al-KahfI: 103-104).

    Pendapat

    Berbeza dengan pandangan pada umumnya, saya peribadi berpendapat bahwa rambut perempuan tidak harus ditutup. Lebih jauh lagi, pakaian bukanlah suatu syariah atau kewajiban agama; itu lebih kepada etika, kepantasan, dan cita rasa yang disesuaikan dengan budaya kesopanan setempat. Pedoman umum agama dalam hal berpakaian adalah untuk menjaga kesopanan dan kehormatan.

    Pakaian dapat digunakan untuk menunjukkan identiti, misalnya perempuan Muslim dapat menggunakan tudung untuk menunjukkan kemuslimannya. Namun ini tidak bererti tudung dapat digunakan sebagai “indikator” (pengukur) keimanan atau kesolehan seseorang. Seseorang yang sudah memakai tudung misalnya, dia semestinya dapat saja secara bebas melepaskan dan menggunakannya kembali, tanpa harus takut dinilai “kurang beriman” atau level keimanannya “turun”.

    Tudung, sebagaimana pakaian umumnya, adalah pilihan bebas setiap orang, sepanjang dengan berpakaian itu kesopanan dan kehormatannya terjaga. Kerana itu, tidak seorang pun atau pihak manapun yang dapat memaksakan apakah seseorang itu harus memakai atau tidak boleh memakai tudung.

    Ini juga sependapat dengan Ibn Ashur iaitu pangasas kitab Maqassid Assyariah yang digunapakai di seluruh fakulti shariah di dunia.

    Comment by roy | April 15, 2009 | Reply

  11. http://www.husainibrahim.com/?p=46

    komentar menarik mengenai aurat wanita

    Comment by Yun | March 7, 2010 | Reply

  12. astaghfirullah..

    Comment by sharif | March 7, 2010 | Reply

    • Syiah ni..dlm al quran da sebut, nabi muhammad s.aw pun dah tegaskan..ikut ajelah..kenapa perlu pertikaikan..sbb nk jdi melayu islam modenkah?..

      Comment by Anonymous | August 10, 2014 | Reply

  13. Orang bidoh berkomen tanpa ilmu
    Tanpa melihat sarah hadits hanya berdasarkan translate jadi mempelintirkan dalil

    Padahal sudah jelas larangan itu ada

    Bahkan nabi bersabda ada golongan yg tidak ia jiupai namun menjadi penghuni neraka
    Dimana dia berpakaian tapi telanjang berlenggak lenggok kepalanya seperti punuk unta

    Comment by Anonymous | October 14, 2014 | Reply

  14. Ulasan yang paling bodoh dan menjengkel kn,klau sendiri dh x nk tutup aurat nk jdi ahli neraka,jgn ajak org lain sama

    Comment by Anonymous | March 11, 2015 | Reply

  15. Saya setuju penulisan ini. Rambut bukanlah termasuk aurat. Aurat yang dikatakan dalam Annur:31 hanyalah menutup lurah(“cleavage”) Islam sekarang dimelayukan(lebih kepada diarabkan). Baju Melayu dan baju kurung diganti jubah. Sudah tiba masanya kita mengikut ajaran Nabi Muhammad yang sebenar mengikut makna Qur’an dan hadis secara harfiah yang tidak diubah/ditambah maksudnya.

    *Teguran pada penulis: tulislah dengan ikhlas tanpa menyakiti hati sesiapa. Yang salah mengubah hadis tu, janganlah bersedih kepadanya, biarkan mereka. Ini semua rancangan besar Tuhan.

    Comment by penyimpan rahsia kecil | December 29, 2016 | Reply

  16. Ini sejalan dengan Rukun Negara, kerana dalam Rukun Negara dikatakan ‘Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudataannya yang lebih kaya dan berbagai corak’

    Comment by Anonymous | July 13, 2018 | Reply


Leave a comment