Melayu itu Indah Hebat Gagah

Just another WordPress.com weblog

Islam itu banyak sifatnya

Melayu Malaysia seringkali melihat Islam sebagai satu ajaran agama yang berdiri dengan sendirinya. Yang terpisah jauh dengan ajaran-ajaran keagamaan dan ajaran-ajaran falsafah yang lain.

Lalu Melayu Malaysia akan seringkali mengsesatkan dan memurtadkan dan memandang hina mereka yang mengambil contoh-contoh dari sarjana-sarjana bukan Islam atau kitab-kitab bukan dari al-Quran.

Islam itu adalah fitrah manusia. Maksudnya Islam itu adalah sanubari hati dan fikiran manusia. Apa yang nafsu dan akal kita buat dan fikirkan maka itulah Islam. Maka Islam itu sesungguhnya senang untuk disebadikan dengan tubuh badan manusia.

Dikeranakan Islam itu fitrah manusia, maka terdapatnya banyak sifat-sifat karangan rekaan manusia di dalam Islam. Jikalau manusia bersifat ‘reasoning’ maka kita dapat lihat di dalam Islam itu adanya nationalism, sosialisme, demokrasi, liberalisme dll.

Bukti kewujudan nationalisme dalam Islam adalah Nabi menmperkenalkan satu Tuhan, satu kitab, satu ketua, satu undang-undang, satu hukuman dan satu cara hidup. Konsep semuanya satu ini adalah konsep nationalisme.

Bukti kewujudan sosialisme dalam Islam adalah terdapatnya zakat. Zakat ini tujuannya untuk mengambil harta orang kaya dan diberi kepada orang miskin. Ini adalah sosialisme.

Bukti kewujudan demokrasi adalah wujudnya bai’ah kepada nabi. Bai’ah ini adalah kesetujuan rakyat untuk memilih seseorang sebagai ketua. Dunia moden bagi bai’ah adalah undi pilihanraya. Dunia moden bagi majlis syura adalah parlimen. Dan nabi tidak pernah memilih sesiapa pun untuk menggantikannya bagi jawatan Presiden Madinah, begitu juga Abu Bakar, Omar, Uthman dan Ali.

Bukti kewujudan liberalisme ianya Islam itu mengatakan dunia itu bersifat halal kepada manusia kecuali diharamkan oleh Islam secara terang lagi nyata. Maksudnya hanya sedikit yang haram dan selainnya adalah halal.

July 20, 2008 - Posted by | Uncategorized

1 Comment »

  1. Teruskan bro perjuangkan yang hak dan memerangi yang palsu!
    =)

    Comment by ahmad main dat | July 24, 2008 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: