Melayu itu Indah Hebat Gagah

Just another WordPress.com weblog

Berbalah kerana istilah tidak selesaikan masalah

Oleh MOHD. ARIF ATAN, Universiti Malaya.

Bosanlah! Barangkali itulah kata paling tepat untuk menggambarkan pergolakan siasah tanah air kebelakangan ini berhubung pertemuan dua parti politik pilihan majoriti bangsa Melayu iaitu UMNO dan Pas.

Jadi atau tidak itu satu hal. Masalahnya, apabila wujud suatu keadaan yang seperti berbalah dalam memilih istilah hanya untuk menerangkan definisi pertemuan atau perbincangan berkenaan.

Terbaharu, apabila Pas seolah-olah meletakkan syarat agar pertemuan itu dipanggil ’muqabalah’ bukannya muzakarah seperti yang umum sedia maklum.

Persoalannya, wajarkah pihak media sekaligus termasuk juga masyarakat awam dipersalahkan pula kononnya seperti ’bodoh’ tidak memahami penggunaan istilah bahasa Arab? (Utusan Malaysia, 24 Julai 2008).

Bagi mereka, istilah muqabalah bermaksud bersemuka manakala muzakarah pula berdebat walaupun Kamus Dewan keluaran Dewan Bahasa dan Pusataka (DBP) mentakrifkan muzakarah yang merupakan kata serapan dari bahasa Arab adalah sebagai ”perbincangan atau pertukaran pendapat tentang sesuatu masalah dan sebagainya”.

Jadi, untuk tidak menimbulkan salah faham dan pening kepala di kalangan rakyat yang bukannya berlatarbelakangkan pengajian bahasa Arab seperti kebanyakan pemimpin Pas maka lebih molek agar istilah dalam bahasa Melayu sahaja yang digunakan.

Tidak perlulah bertelagah tentang mana satu istilah yang dirasakan gah. Tambahan pula, baik ’orang’ Pas atau UMNO, kita semua bukanlah orang Arab yang mesti menggunakan bahasa Arab.

Aturkan segera sesi ’bersemuka’ jika benar itulah yang dimaksudkan jika tidak pun mahu ’berdebat’. Sekurang-kurangnya dalam masa bersemuka itu diharapkan akan berputiklah kemahuan untuk berbincang tentang bagaimana kita dapat mengekalkan kedaulatan hak dan maruah orang Melayu sekaligus agama Islam tanpa mengorbankan ideologi atau pendirian parti politik masing-masing.  

’Keributan’ para pemimpin Melayu kita memilih sama ada pendekatan muzakarah atau muqabalah hanya akan ditertawakan oleh orang lain bahawa sampai bila pun masalah orang Melayu tidak akan dapat diselesaikan kerana pemimpinnya hanya lebih suka berbalah.

Ketidaktentuan kita yang sibuk berbicara tentang soal-soal teknikal seperti istilah ini tidak banyak membantu kelangsungan hak, kepentingan, maruah dan masa depan bangsa Melayu.

Tidakkah kita sedar disebabkan sebahagian pemimpin Melayu begitu taksub dengan politik kepartian serta hanya tahu menimbun diri dengan kekayaan dan kemewahan, satu demi satu kepentingan dan hak orang Melayu lenyap ke tangan orang lain yang sebenarnya senyap-senyap melakukan ’muzakarah’ mahupun ’muqabalah’ demi kepentingan kaum mereka? Fikir-fikirkanlah.

July 24, 2008 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: