Melayu itu Indah Hebat Gagah

Just another WordPress.com weblog

Penulis perlu kuasai ‘Reasoning’

Berikutan Seminar Paksi pelbagai teori yang keluar ada yang menggunakan konsep Quran dan Sunnah ada yang menggunakan konsep al-Ghazali ada yang menggunakan konsep pengalaman dan ilmu dan lain-lain.

Namun sebenarnya hanya terdapat satu sahaja konsep yang maha Agung yang menguasainya maka hilanglah segala kebatilan dan kebobrokan, penerimaan manusia akan keadilan, kebenaran dan cahaya Tuhan yang maha Esa.

Konsep itu adalah ‘Reasoning’. Reasoning di dalam bahasa Melayu Kamus Dwibahasa Oxford Fajar edisi ke-4 adalah kebolehan mencari tujuan dan sebab dan berfikiran waras. Dalam bahasa al-Quran reasoning wujud dalam perkataan Ulul Albab.

Ulul Albab adalah ahli-ahli atau manusia yang berkebolehan untuk ‘reasons’. Tuhan telah mengangkat tinggi hingga ketahap tertinggi akan Ulul Albab ini.

Dengan ‘reasoning’ seseorang dapat membezakan hak dengan batil, benar dengan salah, gelap dengan terang. Malahan dengan reasoning seseorang dapat menyedari bahawa fitrah manusia dan wahyu itu amatlah serasi.

Antara salah satu perbincangan yang diadakan di Seminar Paksi 19 Julai apabila AnBakri penggiat seni dan budaya Kelantan yang juga setiausaha kepada Encik Nik Aziz Nik Mat telah mengeluarkan kenyataan bahawa Nationalisme itu punca kepada perpecahan dalam masyarakat Malaysia lalu menyatakan bahawa hanyalah Islam sahaja dapat menyatukan kaum kerana Islam adalah ugama sejagat.

AnBakri gagal menyedari bahawa konsep Nationalisme itu sendiri  ada di dalam Islam dimana Presiden pertama Madinah Presiden Muhammad bin Abullah bin Abdul Mutalib telah memperkenalkan satu Tuhan, satu Kitab, satu bahasa, satu cara hidup, satu undang-undang, satu ketua yang selari dengan konsep Nationalism yang membawa maksud ‘Kesatuan’.

Malah Mohd Yusof Abas, YADIM di dalam Mingguan Malaysia 20.7.08 muka 10 menulis Rasulullah bersabda (saya sendiri tidak mengkaji kesahihan hadis ini); “Ketua itu hendaklah dipilih daripada keturunan Quraisy”. Jika benarlah Islam itu merentas perkauman kenapa Rasulullah mengeluarkan arahan sebegini?

July 20, 2008 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: