Melayu itu Indah Hebat Gagah

Just another WordPress.com weblog

Apa itu Melayu

Melayu itu tenang, mencintai kedamaian, menyukai kecantikan mengkagumi kebersihan.

Melayu itu bertindak, pantang dicabar, menghapus musuh, mengkeji keburukan.

Melayu itu sukakan keadilan, penegang kebenaran berpegang kepada kesaksamaan.

Melayu itu pandai, berilmu, rajin, kreatif, inovatif.

Melayu itu hilang tanpa sukan, seni, budaya dan hiburan. Inang, Zapin, Joget, Gamelan, Mak Yong, Dikir Barat, Rock, R&B, Hip-Hop, Rap, Blues, Country, Metal, Alternative, Nasyid; bersatu, berasimilasi, membentuk identiti diri.

Melayu itu kerana bahasanya, budi pekertinya, budayanya, adatnya.

Melayu itu berkata, “Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah. Melayu itu boleh hidup beraja dan boleh hidup tanpa beraja.

Melayu itu bencikan rasuah. Rasuah adalah dosa yang MAHA dosanya, dosanya mengatasi membunuh dan berzina.

Melayu tidak sukakan kongkongan politikus dan agamawan. Melayu menolak politikus dan agamawan yang mempergunakan tempat mereka untuk kepentingan diri. Melayu tidak mahu mati kerana Politik dan Agama.

Melayu itu berdiri melangkaui agama. Melayu dulu maju kerana Hindu dan meneruskan kelangsungan kerana Islam. Agama adalah hak hidup masing-masing. Bangsa tidak akan terancam kerana Agama.

Melayu itu bangsa dan negara. Sesiapa sahaja boleh menjadi Melayu tidak kira apa kaum asalnya dia. Asalkan dia berbahasa Melayu, mengikuti tata cara hidup Melayu, berfikir cara Melayu dan mencintai Melayu 

15 Comments »

  1. I’m an graphic designer/photographer/observer. I’m more interested into malay culture.Even though I’m a malay my self,but i felt there is something wrong here.The essence itself,the art itself is missing. In a sense of spiritual nourishment from a designer view. Could we do something ?can we do something ?will we be obsolete in the near 20 years?Are we going to just carry the name,without the art,the sense.What is it anyway in being a malay ?
    and sumpah nampak bodoh tanya soalan dalam english psl melayu.tapi itu saja yg sy mampu.

    Comment by zam | December 17, 2009 | Reply

    • faham faham, some things are better delivered and understood if it is said in english. well depends on what language you are used to actually. hehe. oh maaf hanya pada tahun 2012 baru komen. betapalah sikitnya orang yang kisahkan tajuk2 sebegini. and i used to be one of them, sigh. you actually pointed out quite a good point there. being a malay is something that makes me feel very proud. really. putting aside those rotten side of it but still, if i could change it, i wont do it. it triggers you in a way that words cannot explain. and im still figuring what to write to describe how is it or what is being a malay. you just are. and it’s something that i am proud of .get it?..🙂

      Comment by ir | March 13, 2012 | Reply

  2. x kan melayu hilang didunia///
    hilang melayu hilang dunia///

    Comment by Anonymous | August 9, 2011 | Reply

  3. melayu itu dari hati. satu kebiasan yang dah tersemat dalam hati. ibu bapa banyak mainkan peranan dalam nak bagi kesedaran kat kita. siapa kita. untuk apa kita. kenapa kita. semuanya buat kita rasa ‘oh saya melayu’, tapi yang paling penting, Islam itu lebih tinggi. paling tinggi sebenarnya. sebab Islam itu betul, kita akan dapat jadi orang Melayu secara betul nya, dengan menjadi orang Islam yang betul. kita melayu sebab kita lahir di sini. kita berbuat baik, berbudi bahasa etc bukan kerana kita melayu semata, tapi kerana kita orang Islam yang harus berbuat baik. dan “saya orang melayu jadi saya perlu berbudi bahasa” comes after that.
    -maaf kalau salah-🙂

    Comment by ir | March 13, 2012 | Reply

    • melayu itu malas

      Comment by Anonymous | July 17, 2013 | Reply

  4. maaf bangsa mim sudah ada di zaman nabi noh bermakna agama islam, dan melayu tidak lari kemana, jika dia keluar dari agama islam maka hilang lah melayunya jika dia beperangai seperti kera kata lainnya dia membuang adat dan sifat melayu itu hilang lah islamnya…fikir2kan benar kah hang tuah itu mitos??benarkah hang jebat itu penderhaka??hang tuah dan hang jebat berkawan dari kecil sehinggalah meraka menjadi panglima benarkah meraka membunuh sesama sendiri???fikir2kan….wasiat bangsa mim ini berada di luar tanah melayu,tiada siapa pun yang tahu kecuali pada yang mencari…bangkit lah anak melayu cucu cicit dzulkarnain

    Comment by Anonymous | March 14, 2013 | Reply

  5. Apa itu Melayu?

    mim – Muhammad (Terpuji)
    Lam alif – Lailaha ilallah (kalimah syahadah)
    Ya – bumi (bumi yang melayu namanya Tanah Melayu)
    wau – suci (Apa sahaja kaitan Melayu terpelihara-suasana Malakiah)

    kamilah Melayu
    Hamba Melayu
    Bangsa Melayu

    Menjunjung titah Tuanku…

    Dimana bumi di pijak disitu langit dijunjung

    Agama usul Bangsa – Raja/Sultan
    Bahasa jiwa Bangsa – Ulama
    Budaya raga Bangsa – Hamba Rakyat (makmum)
    Adat martabat Bangsa – Pendekar/Hulubalang

    Comment by Anonymous | March 30, 2016 | Reply

  6. Bumi menentukan Bangsa…Bumi ini namanya Tanah Melayu. Bumi menari di tanah Jawi. Tuannya Raja/Sultan. Melayu mesti beraja. Melayu melestarikan Alam. Melayu menjaga keseimbangan Alam.

    Melayu itu ibarat Pakaian
    Agama ibarat tubuh badan..
    Apa jadi pada tubuh badan yg tidak berpakaian?
    Melayu yang melindungi Agama
    Melayu itu kota Agama

    Orang yang tidak Islam bukan Melayu..

    Comment by Anonymous | March 30, 2016 | Reply

  7. Melayu Sejati mengagung illahi
    Melayu Sejati murni di hati
    Melayu Sejati dirinya mengabdi
    Menjunjung Duli demi Illahi…

    Raja Melayu yang berdaulat Raja penyatu
    Bangsa Melayu yang berdaulat Bangsa bersatu

    Tak Melayu hilang didunia sumpahnya
    Tak Agama lenyap didunia ikrarnya

    Comment by Anonymous | March 30, 2016 | Reply

  8. Tak Melayu Hilang Didunai

    Wahai anak bangsaku, kemana arah tujumu
    wahai anak bangsaku, ingatlah kamu Melayu
    wahai anak bangsaku, ingat asal usul mu
    ingat adat, ingat wasiat, ingatlah kita Melayu

    Kita di cipta oleh Tuhan
    kita ada perjalanan
    kita ada wawasan
    wawasan Akhir Zaman

    Bermula di Terengganu Darul iman
    Perimula Agama mu ambil ingatan
    bermulaMelayu Melaka dirasmikan
    Benua Melayu jadi wawasan

    Tak melayu hilang didunia
    Tak Melayu hilang Agama
    Tak Melayu Derhaka pada Rajanya
    Tak Melayu hilang didunia

    Jaga adat jaga martabat
    Jaga syarak jangan berpuak
    Jaga Budaya kita kaya
    Jaga usul kita menyusul…

    Comment by Anonymous | March 30, 2016 | Reply

  9. Melayu bangsa akhir zaman
    Perlu beriman perlu tegakkan
    Perlu pertahan agama anutan

    Comment by Anonymous | March 30, 2016 | Reply

  10. Bangsa Melayu kehidupan kami
    Hamba yang Satu diri mengabdi
    Perantara yang Satu diri ini
    Kebanggaan yang Satu diri yang murni

    Kehidupan bangsa Melayu sebagai
    persediaan diri menyahut petanda-petanda kiamat.

    Bangsa Melayu sebagai harapan manusia/insan jalan untuk bersyahadah dan
    kembali kepada Tuhan dengan selamat.

    Bangsa Melayu bangsa pendokong agama dia akhir zaman.

    Comment by Anonymous | March 30, 2016 | Reply

  11. Bangsa Allah cipta
    Bangsa Melayu Allah cipta
    Jangan sekali-kali diubah pengenalan bangsa ini

    Comment by Anonymous | March 30, 2016 | Reply

  12. Rasulullah dengan roh santabi mereka

    Asa Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan agama islam

    Dengan benar bicara derma mereka

    Bagi sekelian hamba Dewata Mulia Raya

    Dibenua ku ini penentu agama Rasulullah s.a.w Raja

    Mandalika yang benar bicara sebelah

    Dewata Mulia Raya didalam

    Bumi penentu itu fardu bagi sekelian Raja Manda

    Lika islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar

    Bicara berbajiki benua penenti itu

    maka Titah Seri Paduka

    Tuhan menduduki Tamra ini di Benua

    Terengganu Adi pertama Ada

    Jumaat dibulan Rejab di tahun saratan Sasanakala

    Baginda Rasulullah telah lalu 702

    Comment by Anonymous | March 30, 2016 | Reply

  13. ni kerja Melayu petikan dari Batu Bersurat

    Comment by Anonymous | March 30, 2016 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: