Melayu itu Indah Hebat Gagah

Just another WordPress.com weblog

Nak kahwin pun susah

Mamat Terengganu berbini 3 ingin pasang lagi satu

Kes seorang mamat di Terengganu yang berbini 3 dan ingin berkahwin lagi satu menjadi perhatian ramai orang lelaki dan wanita.

Menariknya hakim mahkamah syariah tidak membenarkan lelaki itu berkahwin lagi satu (untuk mencukupkan 4 isteri) walaupun ketiga-tiga bininya membenarkan.

Saya bertanya kebanyakan orang lelaki dan perempuan tentang hal ini. Mereka semua bersepakat tiada salahnya mamat itu berkahwin lagi satu lebih2 lagi kesemua isteri mereka membenarkan. Mereka juga merasakan si hakim itu tiada hak untuk tidak membenarkannya. Malahan kaum perempuan yang saya buat soal selidik merasakan hakim itu cemburu kerana tidak dapat berkahwin banyak.

Hakim itu merasakan si lelaki itu tidak mampu sdari segi kewangan kerana hanya berpendapatan RM1,500 sebulan dan terpaksa menanggung 3 isteri dan berbelas-belas anak. Saya juga bertanya kepada kaum wanita, “Berapakah pendapatan yang dirasakan cukup untuk menampung keluarga?”

Mereka semua merasakan pendapatan yang cukup itu bergantung kepada cara kehidupan seseorang. Seorang despatch yang bekerja di kuala lumpur yang gajinya RM800 cukup untuk berkahwin dan menjaga anaknya. Orang yang gajinya RM800 tidaklah harus bergaya seperti orang yang bergaji RM3,000. Namun gaji kecil bukanlah penghalang seseorang itu berumah tangga.

Lebih-lebih lagi si mamat itu duduk di terengganu, kesemua bininya bekerja. Mereka ada tanah untuk duduk dan bercucuk tanam. Mereka mungkin tidak mampu ada astro dan membeli kesemua anak-anaknya handphone dan motor seorang satu, tapi itu semua kemewahan yang tidak perlu.

Anak muda takut mengadap pegawai agama

Selain itu dalam kes yang berlainan, anak-anak muda menjauhi perkahwinan kerana urus pernikahan yang semakin susah dan semakin susah. Anak-anak muda terpaksa menebalkan muka untuk berhadapan dengan pelbagai pegawai-pegawai agama untuk menghantar borang dan mendapatkan pengesahan. Kalau hantar sahaja tidak mengapalah, mereka terpaksa dimarahi jika tersilap isi, kena mintak simpati, kena tertunduk-tunduk bagaikan bagaikan hamba dengan Tuannya.

Keluarga Sakinah Johor

Di Johor lagilah, selain 5 syarat sah nikah iaitu lelaki perempuan, saksi, wali dan ijab terdapat 13 rukun ‘sakinah’ yang terpaksa dilalui di majlis pernikahan untuk membolehkan seseorang sah nikahnya.

Berlangsunglah soap opera yang menitiskan air mata, apabila jurunikah yang sepatutnya kerja dia menikahkan pasangan sudah menjadi penceramah moral yang tidak disuruh, mereka berceramah kepada kedua-dua pasangan, kepada ibu bapa dan lain.

Kemudian pasangan mempelai, ibu2 dan bapa2 mereka pula dipaksa membaca teks yang telah ditulis yang kononnya mereka itu akan mengikut cara yang sepatutnya yang digariskan oleh Jabatan Agama. Kesemua ini berlaku secara terbuka di hari pernikahan.

Hari yang sepatutnya pesta kegembiraan penduduk kampung sudah menjadi satu hari yang sedih, penuh air mata, penuh kesyahduan, dan menjadikan seseorang tidak jadi bergembira lalu terus termenung memikirkan neraka yang mereka akan masuki di akhirat kelak.

Bukan itu sahaja, ketika jurunikah ingin memulakan ijab kabul, jurunikah suka menakutkan-nakutkan pengantin lelaki, membuat ayat yang tidak sepatutnya, bertanya soalan-soalan yang bukan-bukan bagaikan jurunikah ini penguasa kepada manusia. Malahan ada ketikanya lafaz ijab kabul terpaksa diulang berkali-kali untuk memastikan ijab kabul itu sah.

Ucapan I DO sudah cukup untuk sah pernikahan

Betulkah sebegitu? Bilakah masanya sesuatu perkahwinan itu sah?

Perkahwinan itu merupakan satu ikatan kontrak antara si suami dan si isteri. Di dalam setiap kontrak sama ada kontrak kahwin atau kontrak perniagaan, terdapatnya pertukaran nilai untuk melihatkan sesuatu benda itu bernilai dan bertukar tangan.

Dalam hal perkahwinan, nilai perkahwinan itu adalah pada mas kahwinnya, ada mas kahwin yang bernilai RM22.50, ada seutas rantai, ada senaskah al-quran, ada sebentuk cincin, ada beribu-ribu ringgit.

Kemudian setiap kontrak itu perlu mendapat persetujuan orang yang berkahwin. Maka si isteri dan si suma dan si wali dan si saksi2 akan mendatangani kontrak itu dihadapan jurunikah. Apabila kontrak itu telah ditandatangani barulah lafaz nikah itu dimulai.

Sebenarnya sesuatu nikah itu sudah dikira sah sejurus kesemua saksi, wali suami isteri itu menandatangi borang perkahwinan (kontrak) mereka, bukanlah selepas lafaz itu selesai. Lafaz itu hanyalah upacara persembahan sahaja untuk mencantikkan majlis pernikahan mereka. Bagi orang yang pekak bisu, lafaz tidaklah menjadi keperluan.

Kewajipan itu terletak pada kontrak yang ditandatangani, bukan pada lafaz mereka. Jika sesuatu penceraian akan berlaku, hakim akan melihat surat nikah (kontrak) mereka, bukan pada lafaz mereka yang diucap berpuluh-puluh tahun dahulu yang kemungkinan wali dan saksi2 mereka sudahpun tiada.

Oleh itu pengucapan lafaz nikah yang berkali2 itu tidak perlu, malahan ucapan I DO sendiri sudah mencukupi dalam persembahan pernikahan mereka sebenarnya.

Itu maksudnya, pernikahan itu sebenarnya sudah sah disisi agama walaupun mereka berkahwin di pejabat registrar dan membawa wali dan saksi2 tanpa perlunya duduk bersila di hadapan jurunikah.

 

May 26, 2008 - Posted by | Uncategorized

3 Comments »

  1. adakah maksud penulis, lafaz nikah tidak perlu.. hanya perlu sign di borang?

    betulkan klu tersilap

    Comment by kui | June 27, 2008 | Reply

  2. the most significant thing about contract is the evidence of acceptance of agreement. The evidence can be by oral confirmation (lafaz ijab dan qabul) or written confirmation (signature on the document).

    Between writtten confirmation and oral confirmation, written confirmation prevail.

    Hence since now there is already a signed marriage form, lafaz nikah is merely a makeup only (penyeri majlis).

    Comment by radzwill | June 27, 2008 | Reply

  3. saudara..
    sbg anak Johor, sy memandang program keluarga sakinah ini sebagai suatu yang positif.. ia sgt membantu menguatkan institusi rumahtangga.. kalau saudara ingin lebih memahami, saudara boleh mengikuti kursus berkaitan dengannya.. ia bukan majlis yang sedih, tetapi mengingatkan kita akan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita sebagai khalifah di bumi Allah ini..

    Comment by Rhea | November 22, 2009 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: