Melayu itu Indah Hebat Gagah

Just another WordPress.com weblog

PAKSI Tenggelam Dalam Candu

Antara pertikaian di dalam Seminar PAKSI (Badan Seniman Paksi Rakyat) semalam (19.7.08) yang bertajuk “Penulis : Mengepalai atau Mengekori?” yang diadakan di Muzium Negeri Selangor, Shah Alam adalah usaha agamawan Islam ala Malaysia untuk mengawal arah tuju pertubuhan PAKSI.

PAKSI adalah sepatutnya satu pertubuhan yang mengumpulkan segala jenis seniman tidak kira sama ada ianya dari sekolah teologi, nasionalisme, sosialisme, komunisme, ataupun liberalisme. Namun usaha pihak agamawan Islam ala Malaysia untuk mengawal amat malang sekali. Jika sesuatu pertubuhan itu bersifat universal (mempunyai ahli dari pelbagai bidang sekolah) maka setiap resolusi atau kenyataan yang keluar dari PAKSI seharusnya melambangkan pemikiran yang sesederhana mungkin untuk membolehkan semua peserta dari pelbagai bidang menerima secara sepakat (konsensus/ijmak) akan sesuatu resolusi itu.

Antaranya adalah mengenai Resolusi no.6 dimana kesepakatan awal telah diperolehi iaitu ianya berbunyi, “Mempelbanyak karya-karya bersifat falsafah dan menampilkan budaya tinggi”. Namun apabila resolusi-resolusi habis ditulis dan disepakat, golongan agamawan Islam ala Malaysia tiba-tiba ingin menukar resolusi no. 6 menjadi “Mempelbanyak karya-karya bersifat Rabbani”.

Cadangan itu ditentang oleh kebanyak peserta-peserta lain dimana antara hujah mereka adalah: –

1. sesuatu resolusi itu perlu jelas, terang lagi nyata

2. sesuatu resolusi yang datangnya dari pertubuhan seniman perlu menggunakan bahasa kebangsaan sebaik mungkin tanpa adanya keperluan mencedok daripada bahasa Arab atau bahasa Inggeris.

Malahan apabila disoal kembali kepada mereka akan maksud Rabbani kumpulan Islamik ala Malaysia ini memberi keterangan yang berbeza-beza antara satu sama lain sehingga menjadikan satu perkataan pendek ini mempunyai maksud yang sebegitu panjang.

Malahan jika dibuka Kamus Dewan Bahasa Edisi ke-3, Rabbani itu bermaksud ketuhanan. Apa yang dimaksudkan dengan bersifat ketuhanan itu? Dapat sesiapakah yang boleh menggarap dengan baik apa itu Tuhan dan apa itu sifat-sifat Tuhan?

Alang pakar Pengajian Islam sendiri berpecah-pecah kepada beberapa puak antaranya Salafiah, Asyariah, Muktazilah, Maturidiah dan Syiah apabila menceritakan sifat-sifat Tuhan.

Bagaimana pula yang berfahaman tao, buddha, hindu, kristian, orientalis barat atau yang tidak mempercayai tuhan langsung? Malah dalam kamus Arab-Melayu sendiri, perkataan Rabb itu bermaksud ‘Tuan’ bukanlah ‘Tuhan’, dimana perkataan Arab bagi ‘Tuhan’ adalah ‘Ilah’.

Selain itu adakah semua penulis hanya boleh menulis mengenai Ketuhanan sahaja maka persatuan penulis telah membelenggu ahli-ahlinya daripada berkreatif dan mencambahkan idea.

Malah terdapatnya sebilangan puak agamawan Islam puak luar Malaysia menganggap penggunaan perkataan Rabbani itu adalah bidaah dan rekaan yang tidak pernah digunakan oleh Nabi Muhammad dan sahabat-sahabatnya. Hanyalah golongan Pak-Pak Aji Malaysia sahaja yang suka mereka-reka perlabelan baru di dalam Islam untuk menggambarkan betapa zuhudnya Malaysia ini.

Kesimpulannya, sehari suntuk bersama PAKSI, ianya tenggelam dalam candu teologi Islam fahaman Pak-Pak Aji Malaysia.

P.s Ada yang mencadangkan agar resolusi itu diberi sahaja kepada kumpulan Raihan.

July 20, 2008 - Posted by | Uncategorized | , , , ,

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: