Melayu itu Indah Hebat Gagah

Just another WordPress.com weblog

Halal berkahwin dengan perempuan Kristian/Yahudi

Perkahwinan MelayuPelik bukan bagi mereka yang mengajak kita untuk mengikuti Quran dan Sunnah, mereka juga tidak mempercayai ayat-ayat Quran dan Hadith2 nabi.

Mereka mengambil sebahagian ayat Quran untuk dipercayai dan membuang sebahagian ayat Quran yang lain. Dan mengubah-mengubah maksud Quran sehingga membolehkan yang tidak boleh dan mentidak bolehkan yang boleh. Dan mereka ini semua mempunyai sijil-sijil agama yang membolehkan mereka mendapat gelaran ustaz dan ulama.

Antaranya adalah penghalalan orang lelaki muslim berkahwin dengan perempuan yahudi/kristian.

Surah al-Maidah ayat 5; “Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka). Dan (dihalalkan kamu berkahwin) dengan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya – di antara perempuan-perempuan yang beriman, dan juga perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya dari kalangan orang-orang yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu apabila kamu beri mereka maskahwinnya, sedang kamu (dengan cara yang demikian), bernikah bukan berzina, dan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi perempuan-perempuan simpanan. Dan sesiapa yang ingkar (akan syariat Islam) sesudah ia beriman, maka sesungguhnya gugurlah amalnya (yang baik) dan adalah ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.

Kemudian mereka berkata bahawa ahli kitab ketika zaman nabi adalah ahli kitab yang beriman dengan taurat dan Zabur yang asal sedangkan kini Taurat dan Zabur yang asal sudah tiada lagi.

Jikalau begitu kenapa adanya ayat 65 surah al-maidah, ataupun ayat 68, ayat 17, 19 surah al-Maidah, atau baca kesemuanya surah al-Maidah yang menceritakan ahli-ahli kitab itu sudahpun menyeleweng namun mereka masih digelar dengan gelaran ahli kitab.

Pernahkah Isa membukukan Injil? Isa telah dinaikkan sebelum sempat dia menghabiskan dakwahnya. Kemudian pengikut-pengikutnya menulis segala kronologi kehidupan Isa. Pada 60-100 tahun selepas Isa dinaikkan, barulah Gospel itu ditulis. Dan orang-orang Yahudi, Nasara, Arab tidak kira beragama kristian, menyembah api dan menyembah Allah SWT menganggap bahawa Gospel itu adalah Injil bagi mereka.

Kelebihan orang Islam, Muhammad telah memberitahu orang ramai melalui al-Quran bahawa Allah itu satu, tidak berbini dan bukan satu dari tiga. Allah itu ESA/ SATU/WAHID.

Dan Muhammad juga memberitahu bahawa Taurat itu telah diubah-ubah maksudnya, membenarkan yang tidak boleh dan mentidak bolehkan yang boleh. Mereka menyembunyikan yat-ayat Allah.

Namun secara umumnya orang-orang Arab yahudi dan nasara telah menganggap 4 buku Luke, Mark, Mathew dan John itu adalah Injil bagi mereka dan seorang pun dari mereka tidak pernah nampak dan terjumpa Injil yang asli.

Muhammad hanya dilahirkan 500 tahun lebih selepas Isa dinaikkan dan Gospel telah wujud 60-100 tahun selepas Isa dinaikkan. Bagaimana boleh wujudnya Injil yang asli?

Dalam Harakah (1-15.7.2002)Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ada menjelaskan mengenai persoalan ini, iaitu dalam ruangan Tafsir Al-Quran(Tafsir surah Al-Maidah ayat ke –5) Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan harus bagi lelaki Islam mengahwini perempuan ahli kitab yang suci.

Manakala dalam Harakah (16-30.7.2002) Beliau menegaskan lagi “kita harus menghalalkan apa yang Allah halalkan. Jika Allah halalkan berkahwin dgn wanita ahli kitab (Kristian dan Yahudi) maka akan menjadi kufur jika kita kata tak boleh. Ini adalah hukum Allah dan Thabit dari Al-Quran. Masalah tak nak laksanakan itu masalah lain tetapi hukum yang dihalalkan oleh Allah jangan kita haramkan”.

Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah mengatakan dalam Majmu’ Fatwanya “ Jadi semua golongan yang beriman kepada kitab-kitab yang ada (yg telah dirubah) adalah ahli kitab dan mereka kafir disebabkan berpegang kepada kitab-kitab yang sudah berubah itu, dan seperti semua golongan yg lain mereka kekal dalam neraka, meskipun Allah menyuruh meraka agar membayar jizyah, dan dihalalkan bagi kaum muslimin untuk memakan makanan mereka dan mengahwini wanita-wanita mereka”

Perisitwa berlakunya perkahwinan ramai sahabat dengan perempuan ahli kitab berlaku pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab (khalifah ke-3 ). Uthman bin Affan pun kahwini perempuan Kristian, begitu juga dgn Talhah bin Abdullah. Cuma Khalifah Umar melarang Huzdaifah Al-Yaman disebabkan beliau seorang panglima perang tentera Islam dan banyak mengetahui strategi peperangan Islam. Ini dibimbangi beliau strategi tersebut jatuh ke tangan pihak musuh. Ini atas dasar Syiasah Syar’iyah (kepentingan politik dan keselamatan negara serta umat Islam). INGAT, Nabi s.a.w berabda “ Demi Allah yang jiwa Muhammad di tanganNya, tidak seorang pun Yahudi dan Nasrani (Kristian) yang mendengar tentang diriku lalu mati tanpa beriman dengan risalah yang dengannya aku diutus (iaitu Tauhid), maka dia termasuk penghuni api neraka”(DiRiwayatkan oleh Muslim dalam Sahihnya). Jadi wanita ahli kitab yang hidup pada zaman Umar adalah wanita kafir dan bukannya golongan yang beriman dengan kitab Taurat dan Injil yang asal. Kerana kitab itu termansukh setelah Nabi Muhammad diutus menjadi Nabi dan Rasul.(rujuk fatwa Ibn Taimiyyah)

 

 

 

 

May 26, 2008 - Posted by | Religion/Agama | , , , , , , ,

3 Comments »

  1. seorang muslimm haram hukumnya kawin dengan orang yang non muslim. dan apabila mereka melakukan hubungan suami istri (jima’) maka hukumnya adalah termasuk kedalam zina.
    by http://www.bungetz.co.cc

    Comment by bagdies | June 10, 2008 | Reply

  2. Sila berikan ayat-ayat al-Quran dan Hadith Sahih yang boleh mendokong kata-katamu itu.

    Hujah yang maha agung adalah hujah berlandaskan Quran dan Hadith Sahihah.

    Comment by radzwill | June 10, 2008 | Reply

  3. Saya dlm perancangan Nk Kahwin Dgn Gadis Sibu serawak,Dia beragama Kristian..Ada kah sah?

    Comment by tengku | August 13, 2016 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: