Melayu itu Indah Hebat Gagah

Just another WordPress.com weblog

Anwar Diyakini Dalam Debat Minyak

Dari Meja Pengurusan Web

Laman web ini secara upaya cuba tidak membabitkan diri dengan politik partisan. Walaupun sejarah Anwar tidaklah begitu menyokong usaha nasionalisasi Melayu namun debat semalam dapat meyakinkan kami bahawa Anwar kini berusaha membantu Melayu keluar dari kemelut kemiskinan

Ulasan Debat

Semalam (16.7.08) menyaksikan peristiwa bersejarah dalam dunia politik Malaysia dimana 2 tokoh besar dari berlainan parti telah mengadakan debat secara langsung di televisyen Malaysia saluran TV9, Awani dan Bernama.

2 tokoh besar itu adalah Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (parti pembangkang terbesar di Malaysia) dan Dato’ Seri Shabery Cheek, Menteri Penerangan Malaysia.

Parti Keadilan Rakyat adalah sebuah parti yang berhaluan tengah-kiri, iaitu parti yang memperjuangkan kebajikan dan keadilan rakyat. Sementara Kerajaan Malaysia ditunjangi oleh Pati UMNO adalah sebuah parti berhaluan kanan diasaskan melalui kuasa feudal, kolonial dan kapitalis.

Masuk sahaja minit pertama Anwar terus memperincikan cara-cara dia dapat menurunkan harga minyak (50 sen) iaitu melalui 1. penyusunan semua IPP 2. membanteras kerugian kecurian diesel 3. penghapusan penyelenggaraan kerugian kecurian diesel 4. mengambil sedikit bahagian kerajaan daripada keuntungan petronas

Anwar dengan jelas tidak menyalahkan petronas tapi menyalahkan kerajaan kerana kegagalan menguruskan wang petronas bahagian kerajaan. Anwar berulang-ulang kali menegaskan beliau tidak akan menyentuh wang pelaburan petronas tapi akan menguruskan wang petronas yang diberi kepada kerajaan dengan baik.

Anwar juga berkata penurunan 50sen itu adalah peringkat pertama dan penurunan tidak boleh turun dengan mendadak dikeranakan kenaikan harga global. Sebarang kenaikan atau penurunan yang mendadak akan menjejaskan ekonomi makro Malaysia.

Perkara ini telah disokong oleh Penganalisis Ekonomi Jemputan di Awani selepas Debat di mana mereka menyatakan selain penurunan 50sen minyak yang akan dibuat oleh Anwar, Anwar oleh menstrukturkan semua penswastaan yang dibuat dahulu oleh Kerajaan Mahathir yang hanya menguntungkan pihak kapitalis. Selain itu Anwar juga boleh memastikan cukai yang dikumpulkan oleh Kerajaan diguna baik untuk menolong masyarakat kebanyak.

Anwar juga menyatakan 20 tahun dahulu Petronas menjangkakan minyak Malaysia akan habis pada tahun 2005 namun dalam laporan Petronas hari ini (tahun 2008), minyak Malaysia akan habis lagi 10 tahun. Ini bermakna isu kehabisan minyak di Malaysia hanya jangkaan kerana kemungkinan telaga-telaga minyak baru akan dijumpai.

Sementara itu dipihak Shabery Cheek kelihatan jelas mereka hanya menyerang peribadi Anwar dan cuba meyakinkan kita tidak boleh menentang arus kenaikan global harga minyak. Selain itu Shabery Cheek juga menyakatan jika Malaysia tidak menaikkan harga minyak, inflasi akan melonjak tinggi.

Anwar tanpa rasa tergugat dengan penyerangan peribadi terus membandingkan Malaysia dengan Venezuela di mana di negara itu walaupun inflasinya tinggi namun minyaknya murah tetapi di Malaysia sudahlah inflasinya tinggi, minyaknya tinggi juga.

Kesimpulannya, harga minyak boleh dikawal oleh kerajaan jika kerajaan mempunyai kemahuan untuk menolong rakyat terutamanya orang Melayu. Kerajaan pada masa ini seharusnya mementingkan kebajikan rakyat daripada hanya mementingkan kepentingan pihak kapitalis semata.

July 16, 2008 - Posted by | Uncategorized | , ,

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: