Melayu itu Indah Hebat Gagah

Just another WordPress.com weblog

Negara Islam itu palsu, dakyah, fitnah, bida’ah

 

Sana sini orang berkata itulah “…………..kerana kita tidak melaksanakan syair Islam, atau negara Islam atau perundangan Islam”.

Pertamanya, saya ingin berkata bahawa, “Negara Islam itu tidak benar, palsu dan tiada”. Orang Islam itu ada, tetapi Negara Islam itu tiada. Bagaimana sebuah negara (satu benda) boleh menjadi Islam, atau sesuatu benda itu tidak menganut Islam. Lainlah manusia, manusia ialah insan yang bernyawa. Bolehlah dikatakan insan itu Muslim atau tidak.

Negara itu bukan benda yang bernyawa, dia tidak ber’roh, tidak mempunyai akal ataupun jasad. Kita tidak boleh mencampak satu benda (a thing) yang dipanggil ‘negara’ ke syurga atau neraka. Negara tidak boleh dihisab. Namun manusia boleh dihisab. Manusia boleh dicampak ke syurga atau neraka.

Maka sibuklah sana sini mereka, mewujudkan terma ‘negara islam’, ‘syiar islam’, ‘kereta islam’, ‘bank islam’, ‘kewangan islam’, ‘pub islam’, ‘supermarket islam’, ‘disko islam’, ‘toilet islam’, ‘persatuan pengguna islam’, ‘persatuan peguam islam’, ‘persatuan hak asasi islam’, ‘persatuan alam sekitar islam’ dan islam itu dan islam ini. Maka, yang lawannya itu mestilah kafir atau musyrik.

Perkataan Islam itu hanya boleh disandarkan kepada manusia, bukan kepada benda yang mati. Kalau perkataan islam boleh disandarkan kepada benda yang tidak berakal dan bernyawa maka adalah pokok islam, bunga raya islam, bunga kertas islam, sayur kobis islam, sayur tauge islam, sayur bayam islam, bunga cengkih islam, daun kari islam, daun teh islam.

Dan mereka ini menganut ajaran Islam kerana mereka telah percaya kepada ketuhanan Tuhan yang Satu dan kerasulan Muhammad bin Abdullah. Lalu diakhirat kelak kobis-kobis, bayam-bayam, daun-daun, bunga-bunga, kereta-kereta, komputer-komputer, negara-negara akan beratur untuk dihisab dan dibahagi untuk dicampak ke neraka dan ke syurga.

Keislaman itu hanya pada individu. Individu masing-masinglah yang akan mengkehendaki dirinya untuk hidup berlandaskan cara hidup yang digariskan oleh Rasullullah atau tidak. Bukan keislaman itu terletak pada negaranya atau keretanya atau sayurnya.

Kalau semuanya sudah menggunakan produk jenama Islam namun peribadinya, akhlaknya, ibadatnya dan akidahnya tidak bercirikan Islam tidak ada gunanya.

Islam itu terbahagi dua, pertama akidah iaitu aspek keTuhanan dan kedua ialah cara hidup yang lengkap, baik dan teratur.

Cara hidup yang lengkap, baik dan teratur ini kalau kita mengkaji al-Quran dan as-Sunnah kita akan menjumpai satu falsafah kehidupan yang memang betul-betul lengkap. Quran menceritakan orang yang berhutang dan memberi hutang perlu mengdokumentasikan hutang mereka, cara berperang dan untuk berdamai. Cara untuk berniaga, cara membahagikan harta pusaka, cara untuk menghukum dan bentuk hukuman dan lain-lain.

Ini kerana negara arab khususnya tanah hijaz tidak mempunyai struktur politik yang betul. Kehidupan mereka tiada mempunyai sebarang undang-undang. Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib yang memperkenalkan undang-undang bertulis tersebut sejurus dia dilantik sebagai Presiden Kerajaan Madinah yang pertama.

Orang-orang Arab pada zaman itu begitu kagum dengan kebijaksanaan Muhammad kerana mempunyai undang-undang bertulis yang lengkap sekali. al-Quran itu sendiri adalah perlembagaan dan digazetkan sebagai undang-undang yang berkuasa oleh Presiden Muhammad. Lalu disahkan oleh parlimen yang dibarisi oleh ketua-ketua kabilah arab.

Apa yang tidak Islamiknya Malaysia ini. Malaysia sebagai sebuah negara telah mempunyai undang-undang, struktuk politik dan sosial yang lengkap. Apa yang diajar oleh Muhammad, Malaysia telah pun mengikuti dan mengadaptasi mengikut kebudayaan dan pemikiran tempatan Melayu.

Malaysia mempunyai undang-undang jenayah seperti yang dibuat oleh Muhammad. Malaysia mempunyai undang-undang pinjam-meminjam seperti yang dibuat oleh Muhammad. Malaysia mempunyai undang-undang kewangan seperti yang dibuat oleh Muhammad. Malaysia mempunyai undang-undang keluarga seperti yang dibuat oleh Muhammad.

Namun Muhammad mengajar kita tentang kedaulatan undang-undang, ketinggian parlimen, pengasingan kuasa dan keluhuran perlembagaan yang dimana Malaysia masih tidak laksanakan lagi.

Muhammad mengajar kita tentang tidak rasuah, jangan menipu, jangan memperbodohkan rakyat, jangan mencuri, jangan menghabiskan duit rakyat, namun Malaysia masih tidak laksanakan.

Muhammad mengajar kita tentang demokrasi, liberalisasi, nasionalisme, sosialisme, namun Malaysia masih tidak laksanakan.

Mungkin Malaysia tidak bulat-bulat secara terperinci namun secara dasar dan falsafahnya, apa yang dibuat oleh Muhammad mengenai cara memerintah sesebuah negara telah dibuat oleh Malaysia.

Begitu juga dalam kehidupan oleh individu. Muhammad kata jangan bunuh anak perempuan. Orang Melayu tidak bunuh anak perempuan. Muhammad kata kalau lepas buat seks mesti mandi, orang Melayu mandi. Muhammad kata berikanlah nama yang baik-baik kepada anak-anak, orang Melayu beri nama yang baik-baik.

Muhammad kata jangan mengintip-ngintip, orang Melayu masih buat lagi. Muhammad kata jangan mengumpat, orang Melayu masih buat lagi. Muhammad kata pakailah baju, orang Melayu jalan semua berbaju tidak ada yang jalan tunjuk kemaluan mereka.

Semua yang Muhammad ajar kepada masyarakat dan negara telah kita lakukan. Muhammad tidak kata tiru bulat-bulat. Muhammad suruh kita ambik pedoman dan moralnya lalu kita adaptasikan mengikut cara kita. Kalau suruh tiru bulat-bulat, orang Alaska kenalah buka baju sejuk dan pakai gamis dan serban dan makan roti sahaja.

Jadi kepada sesiapa yang mengatakan kita tidak cukup Islamik, sedarlah bahawa kita telah pun Islamik. Orang yang berkata  itu sebenarnya bermaksud, kita tidak cukup Arabik. Menjadi arab tidak membawa kita ke syurga. Ingatlah menjadi Arab tidak membawa kita ke syurga.

Jangan dikejar akan label Islam itu, namun ambillah pedoman yang diajar oleh Muhammad Rasulullah.

July 9, 2008 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: