Melayu itu Indah Hebat Gagah

Just another WordPress.com weblog

Kalau Yang di-Pertuan Agong Enggan Bersuara, Runtuhkan Saja Sistem Feudal Beraja!

8 Julai 2008

 

Oleh MOHD. ARIF ATAN

 

Baru-baru ini Khairy Jamaluddin menyarankan agar Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin campur tangan dalam hal-hal berkaitan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

 

Ini berikutan langkah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang telah sewenang-wenangnya bertindak memberikan 700 tawaran biasiswa yang sepatutnya untuk pelajar bumiputera kepada bukan bumiputera.

 

Akibatnya, nisbah penerima biasiswa tidak relevan dengan komposisi kaum di negara ini dengan hanya 50 peratus kepada bumiputera manakala 45 peratus pula untuk bukan bumiputera dan lima peratus lagi untuk lain-lain kaum.

 

Oleh itu, Yang di-Pertuan Agong memang wajar campur tangan terhadap ketidakadilan yang berlaku dalam peruntukan tawaran biasiswa ini.

 

Namun, dalam masa yang sama, Yang di-Pertuan Agong juga perlu memberi perhatian terhadap perkara yang menyentuh hak-hak keistimewaan bumiputera yang lain seperti soal budaya, bahasa, hak milik tanah, pendidikan dan agama Islam.

 

Tidak timbul pertikaian terhadap kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam hal yang berhubung dengan kepentingan Melayu lantaran institusi berkenaan sebagai Ketua Negara sudah termaktub dalam Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan.

 

Ini bukanlah atas sentimen kaum yang sempit tetapi jati diri dan nilai budaya Melayu sebagai pentakrif bangsa Malaysia seperti mana yang dipersetujui dalam kontrak sosial serta selari dengan kedudukan kaum Melayu sebagai tuan punya asal tanah air ini haruslah tidak diabaikan.

 

Mutakhir ini, banyak pihak mengambil tindakan yang tidak adil malah memperlekeh orang Melayu menyebabkan rasa gelisah dan teka-teki berhubung masa depan maruah dan hak orang Melayu semakin membuak-buak. Sampai bila asyik orang Melayu sahaja perlu bertoleransi sedangkan orang lain semakin tidak sedarkan diri?

 

Langkah mewujudkan dan memperluaskan ladang ternakan babi walaupun di kawasan penempatan orang Melayu; pemberian tanah kepada penduduk di kampung-kampung baru yang bersifat ’selagi ada bulan dan matahari’; pengecilan keluasan tanah-tanah rizab Melayu; mendirikan papan tanda pelbagai bahasa seperti kembali ke zaman sebelum pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan termasuklah pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) serta peminggiran golongan peniaga dan usahawan bumiputera di Suria KLCC mahupun di koridor ekonomi Wilayah Iskandar adalah antara situasi yang menuntut Yang di-Pertuan Agong campur tangan bagi memastikan hak dan kedudukan orang Melayu tidak dinafikan.

 

Kita tidak mahu sikap tunggu dan lihat terhadap tindakan yang menghakis nilai dan hak orang Melayu walaupun sudah sedia termaktub dalam undang-undang tertinggi negara akan menyebabkan 65 peratus orang Melayu pula ditindas di tanah airnya sendiri.

July 8, 2008 - Posted by | Uncategorized

1 Comment »

  1. YDPAgong hanya simbol satu hal.

    Tapi tindakan2 yg dibuat oleh BN mahupun Pakatan Rakyat pula jelas tidak peka pada hak, sensitiviti, maruah, budaya Melayu.

    Adakah bangsa Melayu tidak ubah seperti “masuk kandang rimau kena ngap. masuk kandang kambing kena pijak?” – (pepatah pelik cam karam singh walia la pulak..hahaha)

    Comment by neo_jebat | July 9, 2008 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: