Melayu itu Indah Hebat Gagah

Just another WordPress.com weblog

Budaya Melayu itu juga Islamik

Apabila umat Melayu sudah tidak tahu membezakan kehidupan seharian dengan hubungannya dengan Tuhannya maka tiadalah lagi dia berada dalam kecerdikan.
 
Apakah dengan membuang segala kebudayaan kehidupan yang berunsur dari benua India itu menyebabkan seseorang manusia itu akan diterima ke Syurga?
 
Adakah hanya membuang kebudayaan kehidupan dari negara India sahaja? Bagaimanakah kebudayaan kehidupan dari negara China, ataupun Eropah, ataupun Turki ataupun Parsi?
 
Bagaimana jika kita diwajibkan membuang kebudayaan dari negara India bagaimana pula dengan pencedokan kita akan budaya dari negara-negara lain.
 
Songkok, bersanding, berinai, pulut kuning, itu dari India.
 
Kompang, memotong jambul itu terdapat pada budaya india dan juga arab.
 
Bagaimana pula kot, tie, seluar jeans, seluar slack itu budaya Eropah.
 
Bagaimana pula baju kurung, meminum teh, makan mee itu semua budaya dari negara China.
 
Adakah dengan membuang budaya-budaya tersebut baru kita ke syurga. Bagaimana pula dengan budaya arab yang bersamaan dengan budaya India seperti Inai, dan kompang.
 
Bagaimana kita mengkategorikan perbuatan tersebut?
 
adakah kerana ianya tiba-tiba tersangkut dengan nama Arab maka dibolehkan walaupun terdapat penyamaan budaya antara mereka?
 
 
Bahawa budaya itu adalah kehidupan manusia. membuang budaya bermaksud matilah manusia itu. Budaya Melayu itu banyaknya adalah campuran dari budaya dari negara India dan negara China. Melayu itu adalah lahir dari dua bangsa tersebut. Kemudian dia berkembang mengikut cuaca, alam dan geografi kawasan nusantara ini. 
 
Membuang kedua-dua budaya asal itu bermaksud tiadalah layaknya dipanggil Melayu. Apa yang patut Melayu buat jika sudah tidak boleh membudayakan kemelayuannya?
 
Bahawa Islam itu adalah cara kehidupan yang senang lagi mudah. Muhammad mengajar kita akan mentauhidkan Tuhan dan memberi kita keluasan, kebebasan dalam menentukan cara hidup kita mengikut budaya kita sendiri. Budaya itu halal selagi tidak bercanggah dengan syarak.
 
Adakah dengan kita bersanding, merenjis, menepung tawar, tepak sirih, sirih junjung, bunga mawar, pulut kuning, potong jambul, melenggang perut, 7 dulang dibalas 9 dulang kita telah menyatakan bahawa kita percaya pada Dewa atau mengatakan bahawa Tuhan itu tiga?
 
Tidak! Kita percaya bahawa ALLAH itu adalah Tuhan dan Tuan kita! Bahawa perbuatan-perbuatan diatas adalah penyeri hidup melayu. Membuatnya tidak kita menyamakan ALLAH dengan VISHNU, LATTA, UZZA, MANATA atau BUDDHA.
 
Hanya orang yang terlebih bijak akan mengatakan budaya Arab itu budaya Islam dan selain arab itu kafir dan neraka tempat mereka. Fahamkanlah Islam itu dengan betul-betul sebelum mengeluarkan tulisan yang akan dicemuh oleh ALLAH dan segalam makhluk ciptaannya!

July 8, 2008 - Posted by | Uncategorized

3 Comments »

  1. Apa pendapat saudara tentang langkah KELANTAN & KEDAH ambil pekerja patuh solat? (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0709&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_09.htm)

    tidakkah ini suatu yg subjektif & tak mustahil pura-pura/hipokrit akan bermaharajalela?

    Comment by wira_siber | July 9, 2008 | Reply

  2. bagus laman blog ni.

    peninggalan seni bina Melayu meninggalkan banyak pengajaran dan TUGAS untuk kita selongkar kehebatan bangsa kita dan dlm masa yg sama meneladani kejatuhan bangsa kita…

    Mungkin saudara boleh berkongsi pendapat & maklumat dgn pemilik laman ini:

    http://artmelayu.blogspot.com/

    Comment by arif atan | July 9, 2008 | Reply

  3. Benar kata saudara wira. Ianya akan mendorong kepada budaya berpura-pura dan hipokrit.

    Niat yang murni namun mustahil praktikalnya. Dia boleh ambil pekerja yang patuh solat. Namun sesudah diambil mereka tidak boleh membuang pekerja itu hanya kerana mereka tidak solat.

    Undang-undand membuang pekerja kerana tidak solat akan menimbulkan banyak implikasi negatif.

    Comment by radzwill | July 9, 2008 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: