Melayu itu Indah Hebat Gagah

Just another WordPress.com weblog

Buang kontrak sosial lalu digantikan dengan asimilasi

Utusan 28 Jun 2008 muka hadapan melaporkan Pulau Pinang akan meletakkan papan tanda bertulisan Cina dan India beserta tulisan bahasa Kebangsaan. Cadangan itu yang diutarakan oleh  seorang ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai, Teoh Seang Hooi mendapat perhatian akhbar perdana Utusan Malaysia.

Di muka yang sama juga, Utusan juga melaporkan kerajaan Pakatan Rakyat akan memberikan geran 999 tahun kepada perkampungan Cina namun hanya memberi geran 99 tahun kepada perkampungan bukan Cina.

Walaupun kami menyokong pendedahan tersebut dan semoga hal-hal sebegini didedahkan lagi, kami berharap pendedahan tersebut bukanlah dikeranakan ianya muncul dari negeri Pakatan Rakyat.

Hal mengenai papan tanda dan kampung Cina telah menjadi persoalan orang ramai sejak zaman kekuatan Barisan Nasional lagi.

Kalau kita lihat disekitar Kuala Lumpur, Jalan Bukit bintang, Jalan Cheras, Jalan Seputeh dan beberapa jalan lain, papan tanda jalan ditulis dalam bahasa Cina, bahasa India dan bahasa rasmi negara. Hal ini menimbulkan tanda tanya masyarakat kerana Malaysia dikenali sebagai sebuah negara berbahasa Malaysia (bahasa Melayu) dan berpaksikan budaya Melayu. Namun penggunaan papan tanda bukan berbahasa kebangsaan yang meluas telah menghakis identiti negara ini.

Begitu juga dengan percambahan kampung-kampung baru Cina yang sungguh banyak lebih-lebih lagi di bawah pemerintahan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Selain itu pertambahan program-program TV berbahasa vernakular telah menyebabkan identiti Malaysia yang sepatutnya disatukan melalui bahasa telah gagal terjadi.

Begitu juga dengan banyaknya aktiviti-aktiviti kebudayaan asing yang dipersembahkan dimajlis-majlis rasmi negara menyebabkan usaha bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Abdul Razak gagal sama sekali.

Beginilah akibatnya apabila masyarakat tidak menyedari dan tidak disedarkan tentang kepentingan bahasa dan budaya nasional. Malahan masyarakat sendiri tidak mengetahui apakah itu yang dimaksudkan dengan perkataan nasionalisme yang seringkali disalahanggap sebagai patriotisme.

Nasionalism itu datang dari perkataan nation iaitu, “ciri hidup yang sama (common)”. Contohnya orang English terbentuk kerana terdapatnya banyak kesamaan antara mereka seperti cara bercakap, cara makan, cara marah, cara berjual beli, kemalasan mereka, kerajinan mereka, warna kulit mereka, dan budaya mereka.

Cara orang English tidak sama dengan orang Irish dan orang Scottish mahupun Welsh. Kesamaan sesama mereka membentuk cara hidup mereka sendiri dan pemerintahan sendiri yang dipanggil England, Scotland, Ireland dan Wales.

Sementara patriotism itu bermaksud menyokong dan mencintai tanah air.

Apabila kita ditanya apakah warganegara kita? Kita boleh menjawab warganegara Malaysia. Dan apabila kita ditanya apakah bangsa kita? Biasanya kita akan menjawab bangsa Melayu atau Cina atau India.

Cuba kita alih bahasakan ke bahasa Inggeris. what is your citizenship? Answer: Malaysian. What is your nationality? Answer: Should be ‘Malaysian’ too right!?

Dan apakah maksud nation kat atas tadi? “CARA HIDUP YANG SAMA”. Kita masih tidak mempunyai bangsa Malaysia. Kita hanya mempunyai kaum Melayu, Cina dan India tapi tiadanya bangsa Malaysia.

Bangsa Malaysia mesti mempunyai satu bahasa yang sama, nama yang lebih kurang sama, berbudaya sama dan berfikiran sama.

Indonesia adalah satu negara yang terdekat dengan kita yang berjaya menjalankan proses nationalism.

Dan konsep nationalism ini sendiri digagaskan oleh Kerajaan Madinah oleh Presiden pertamanya Presiden Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib. Dia melaksanakan satu bahasa, satu bangsa, satu kiblat, satu ketua, satu kitab dan satu budaya.

Ambik Asimilasi 

Dalam sibuk-sibuk kita mempersoalkan apa itu kontrak sosial, kita terlupakan asimilasi. Lagipun para akademik dan perundangan sendiri juga tidak menjumpai satu dokumen kontrak yang dipanggil kontrak sosial.

Dimana itu kontrak yang dipanggil kontrak sosial itu? Siapakah yang menandatanganinya? Berapakah tebal kontrak itu? Apakah kandungannya?

Dalam kita haru biru menyelamatkan kekuasaan Melayu di Malaysia ini, baiklah kita buangkan terus hantu kontrak sosial di minda kita ini dan digantikan dengan asimilasi.

Indonesia tidak mempunyai kontrak sosial. Namun dia tidak mempunyai masalah perkauman di sana kerana kaum pendatang telah dijalankan proses asimilasi dengan kaum dominan mereka (kaum Melayu Indonesia). Kini rakyat mereka tidak kira apa etnik asal mereka dikenali sebagai bangsa Indonesia.

Malaysia juga harus menjalankan proses asimilasi dengan segera dan berkesan. Dengan cara itu persoalan penghakisan kuasa Melayu tidak akan timbul kerana semua orang sudah dikenali sebagai Melayu.

Bagaimanakah cara untuk mengamalkan asimilasi itu? Semua bahasa vernakular harus dihapuskan. Hanya bahasa Melayu dibenarkan digunakan disekolah, pejabat, mahkamah, parlimen, papan tanda jalan, iklan-iklan, siar suara, televisyen dan akhbar.

Nama-nama masyarakat mesti berbunyi bumiputra bukan nama Cina, India atau Arab.

Beberapa artikel di dalam Perlembagaan yang menghalang proses asimilasi harus dihapuskan.

Asimilasi adalah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah perkauman di Malaysia ini.

Penggunaan kontrak sosial yang entah mana dan tidak saksama akan sentiasa menjadi ketidakpuas hatian etnik-etnik lain di Malaysia ini.

 

   

June 30, 2008 - Posted by | Uncategorized

4 Comments »

  1. Buat makluman semua tulisan Radzwill ini telah disiarkan dalam SIASAH Bil. 0105, 6-12 Julai 2008. hlm. 9.

    Melihatkan sebahagian peserta demo PROTES 7 Julai di Kelana Jaya mengelek & membelek SIASAH, adakah mereka benar-benar faham / hayati mesej yg disampaikan dalam tulisan tersebut?

    Harapnya agar kita semua faham konsep sebenar nasionalisme yg sebenarnya kini masih jauh benar untuk dicapai.

    Comment by neo_jebat | July 9, 2008 | Reply

  2. Sekadar menyentuh perkara paling umbi. Isu bahasa. Apakah pandangan mereka (bangsa Malaysia lain) tentang ini. Dan apakah pengorbanan yang mampu mereka lakukan dalam usaha mencipta bangsa Malaysia. Kerana yang pasti selama ini Melayu begitu banyak bertoleransi..

    Comment by mat kepoh | February 5, 2009 | Reply

  3. Pada pendapat saya, teori asimilasi merupakan cara yang kurang sesuai diaplikasi kerana terkandung unsur-unsur seperti paksaan dan dictator kalau dilihat dari negara Indonesia. Mungkin di Indonesia sejarahnya lain, teori asimilasi boleh dipakai.. tetapi di Malaysia, keadaannya berbeza…

    Kita kena memahami bahawa “Malaysia” terbentuk bukan hanya kerana satu kaum. Tiada pun sesiapa boleh menafikan usaha-usaha yang pernah dilakukan dan bakti yang pernah dicurahkan oleh setiap kaum pada masa itu untuk mencapai kemerdekaan. Tanpa mana-mana kaum, kemerdekaan pasti sukar tercapai. Jadi Hak-hak bagi mana-mana kaum perlu dijaga secara sama rata…..

    Toleransi bukan sahaja ada pada satu pihak kaum sahaja, malah toleransi juga wujud pada mana-mana pihak kaum terhadap antara satu sama lain

    Malaysia ini adalah istimewa kerana ia terkandung pelbagai budaya.. Pergabungan atau penghapusan sesuatu budaya adalah sukar kerana “kaum masing-masing menghargai budaya sendiri”.
    Tidak salah kalau kita menghargai budaya masing-masing..
    Oleh demikian, budaya kaum masing masing harus diperkembangkan bersama dengan keadaan hormoni..

    Saya yakin Malaysia Boleh! Malaysia boleh terus wujud sebagai negara yang pelbagai bangsa sekiranya tiada mana-mana pihak cuba mengasimilasikannya

    Comment by Shining | February 23, 2009 | Reply

  4. kita perlu menghormati semua budaya yang wujud di malaysia.
    kita hanya perlu menjalankan proses akulturasi.
    ! malaysia

    Comment by Anonymous | November 5, 2009 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: