Melayu itu Indah Hebat Gagah

Just another WordPress.com weblog

Halal Haram

Dalam konsep Islam, dunia dicipta halal. Selagi tiadanya penegahan yang jelas dari Tuhan bahawa sesuatu itu adalah haram, maka halallah ia. Dan dalam peribadatan kepada Tuhan pula jika ianya tiada suruhan untuk melakukannya maka ianya dilarang dibuat.

Penduduk arab tidak mempunyai masalah dalam hal ini. Maka kita lihat disana tiadanya operasi memcah masuk rumah persendirian untuk menangkap orang yang melalukan maksiat dan tiadanya baca yassin malam jumaat dan tiadanya wirid selepas sembahyang.

Dan penduduk arab pula tiadanya cop halal (kerana bagi mereka makanan yang haram itu sedikit dan senang diketahui), bolehnya mereka mengahwini perempuan kristian dan yahudi dan bolehnya memegang tangan perempuan tanpa terbatalnya wuduk.

Tetapi terbalik di Malaysia, kita suka mengharamkan yang halal dan menyusahkan yang senang. Kalau email yang itu haram yang ini haram amatlah banyak. Menyanyi haram, pakai gincu haram, tumit tinggi haram, lelaki bertattoo haram, berlakon haram. Pelakon jahat, penyanyi jahat orang itu jahat orang ini jahat.

Lalu mereka suka pula membuat perkara yang tidak disuruh nabi seperti mewujudkan operasi memecah rumah persendirian kerana mesyaksi seseorang berkhalwat, membaca yassin malam jumaat, talkin, kenduri arwah, baca yassin 3 kali mlm nisfu sya’ban, berzanji dll.

Lalu mereka memandang tinggi kepada mereka yang membuat perkara terkemudian ini. Walhal ianya tidak pernah disuruh oleh nabi. Dan nabi berkata sesiapa yang mengada-adakan upacara keagamaan yang tidak pernah diadakan oleh beliau adalah sesat.

Dan dimerata dunia penafsiran semula al-Quran dan Islam itu sentiasa ada sepanjang zaman, tetapi sayangnya di Malaysia, Islam itu adalah pemikiran yang kita fahami zaman 70-an dan semakin sempit zaman-berzaman.

Apabila kita membentangkan ayat al-Quran didepan mereka, yang mampu mereka balaskan adalah “ianya telah kami fahami sejak dahulu lagi oleh bapa-bapa kami dan atuk-atuk kami. Kamu ingin memecahbelahkan kami?”

Ooohhh ayat ini pernah diutarakan oleh kaum Quraish apabila Nabi Muhammad mengajak mereka kepada agama Tauhid dan cara hidup yang mudah dan teratur.

Lalu ada yang ingin membuang adat Melayu kerana kononya ianya budaya Hindu dan tidak Islamik. Bukankah cara hidup itu asalnya adalah harus dan halal selagi tidak diharamkan Tuhan.

Kenapa hendak diharamkan menepung tawar, merenjis, memotong jambul dan pulut kuning. Adakah membuatkannya kita mensyirikkan tuhan yang Esa. Upacara-upacara ini semua adalah penyeri majlis yang tiada dikaitkan langsung dengan sebarang penyembahan kepada roh-roh atau Tuhan.

Dan jika ianya diambil dari budaya India Hindu sekalipun ianya tidak merosakkan akidah umat. Adakah kesemuanya yang datang dari Hindu itu salah? Maka haramlah pemakaian songkok kerana songkok itu diamalkan oleh budaya Hindu India/Nepal.

Dan sibuklah semua orang ingin berserban dan berketayap sehingga ingin melawan arahan memakai helmet. Walhal memakai helmet itu untuk memastikan keselamatan. Mereka sanggup menggadaikan nyawa hanya kerana ingin mengikut cara hidup orang Arab.

Maka jika Muhammad itu diturunkan di Kutub Utara, maka berbondong-bondonglah semua orang memakai pakaian eskimo dan membuat rumah berbentuk igloo. Lalu semuanya hanya memakan ikan dan tidak menyentuh ayam dan daging.

Muhammad mengajar kita pedoman hidup. Ambik pedomannya bukan bulat-bulat mengikut cara yang dibuatnya. Muhammad mengajar kita kasih sayang, keadilan, kebenaran, kesaksamaan, jangan mengambil hak orang tanpa kebenaran, jangan masuk rumah orang tanpa kebenaran, ini semua yang perlu diteladani.

Bukan kerana Muhammad pakai serban kita buang songkok lalu pakai serban. Orang Arab zaman dahulu hanya pakai inai lalu kita hanya benarkan inai lalu diharamkan dye dan kuitex. Malah orang Arab zaman sekaran memakai dye dan kuitex.

Ambil pedoman hidupnya dan gunakan akal fikiran. Muhammad memberi kita petunjuk gunakanlah petunjuk itu dengan cara kita budaya kita.

Adat Melayu itu Islam, jangan dibuangnya. 

June 26, 2008 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: