Melayu itu Indah Hebat Gagah

Just another WordPress.com weblog

KEMPEN BUANG PAS BUANG UMNO

PAS terkenal sebagai satu parti politik yang mempergunakan Islam untuk kepentingan survival politiknya. Sementara UMNO merupakan sebuah parti yang sentiasa memperbodohkan rakyat terutama MELAYU untuk kelangsungan kuasanya.

Kedua-dua parti ini tidak pernah betul-betul memperjuangkan pembentukan sebuah negara bangsa Malaysia yang berpaksikan Melayu. Malah ideologi kedua-dua parti ini dan segala tingkah lakunya mengancam pembentukan sebuah negara-bangsa.

Kami melancarkan kempen BUANG PAS BUANG UMNO. Semua orang digalakkan menyertai kempen ini dan menyumbangkan artikel, tulisan, banner, gambar, graphic, video dan audio.

Kami juga menyeru semua blogger bersama-sama berkempen BUANG PAS BUANG UMNO.

June 24, 2008 - Posted by | Uncategorized

7 Comments »

  1. Cadangan untuk mengenepikan kedua PAS dan UMNO mencerminkan kekecewaan hasil dari meletakkan harapan ke atas parti2 politik Melayu sebagai platform utama untuk mempertahan dan memperjuangkan kepentingan Melayu. Melihat dari perkembangan menjelang dan menyusul Pilihanraya Mac 8, kekecewann ini jelas berasas. PAS lebih memntingkan peningkatan kuasa memerintah dari pemertabatan syiar Islam dengan bersekongkong dan berkrompromi denagn gulongan sekular dan liberal. UMNO pula mabuk dengan euphoria kemenagan masa lalu yang menjadikan ia lalai dari halatuju perjuangan yang sebenar, “Agama, Bangsa, Negara”. Kedua2 parti politik ini sebenarnya masih diperlukan dalam arena politik negara. Mereka merupakan paksi nationalis / conservatif yang juga terdapat di negara2 lain samada di Barat atau Timur. Mereka diperlukan untuk mengimbankan gulungan liberal / progresif yang beragenda mnegubah sesbuah negara mengikut arus “globalisasi” atau dengan lain perkataan, kapitalisme / materialisme.
    Apa yang di perlukan ialah selain dari badan2 politik orang Melayu mesti mengembeling badan2 bahasa, kebudayaan dan agama, insitusi2 akademik, organ2 pentadbiran, badan2 perniagaan, dan lain2 NGO untuk sentiasa menngawal kepentingan Melayu dalam semua aspek urusan negara.
    Malaysia bukanlah sebuah negara yang diasaskan oleh orang pendatan seperti Amerika Syarikat. Ia adalah sebuah negara yang berasaskan kaum bumiputra yang mempunyai sejarah, kebudayaan dan kesusasterannya sendiri sebelum kaum pendatang tiba. Perlembaggan negara mencerminkan hakikat ini. Tetapi ada segelintir rakyat, termasuk orang Melayu, yang cuba menafikannya dan enggan menerima hakikat tersebut. Mereka adalah pengkhianat bangsa dan negara.

    Comment by ADAM JOHARI | July 8, 2008 | Reply

  2. Saya setuju kempen buang PAS & UMNO ni sebab kedua-duanya bukanlah parti politik yg boleh diharap pertahan dan perjuang kepentingan 65 peratus Melayu di negara ini.
    Saya juga setuju PAS mementingkan peningkatan kuasa memerintah sesuai dgn statsunya sbg parti politik bukannya pertubuhan kebajikan.
    Tetapi saya musykil benarkah PAS tidak mementingkan usaha memartabatkan syiar Islam? Rasanya negara inilah yg terlebih ‘dos’ Islamiknya sama ada di peringkat kerajaan pusat (BN) apatahlagi dlm kerajaan negeri Kelantan.
    UMNO pulak memang tak sedar diri dan pemusnah Melayu bila semua hak Melayu sesuka hati dipotong, direnyuk dan dicampak seperti sampah.
    Pendapat Adam Johari bahawa UMNO+PAS ialah “paksi nasionalis dan konservatif” perlu diperbetul.
    UMNO+PAS memang konservatif tetapi kedua-duanya bukanlah nasionalis dalam erti sebenar nasionalis.
    Benarkah UMNO+PAS perlu untuk mengimbangkan golongan liberal / progresif? Bukankah “progresif” itu sendiri membawa maksud yg positif?
    Apapun, saya setuju dgn pandangan Adam Johari bahawa badan2 politik baik pemerintah mahupun pembangkang bertindak berpakat dan pertahankan hak Melayu.

    Pada tuan punya blog, jika sudah buang UMNO buang PAS, pada siapa lagi boleh kita jamin kepentingan bangsa Melayu kita ini?

    Tubuh parti politik baru?

    Comment by :: lazuardi sepi :: | July 9, 2008 | Reply

  3. Pada hakikatnya, dari perspektif kepentingam Melayu, PAS dan UMNO adalah dalam satu kelompok. PAS ditubuhkan oleh ahli2 UMNO yang tidak sealiran dengan kepimpinan pada satu masa dulu. Bahkan PAS pernah bekerjasama dengan UMNO dalam BN pada satu ketika. Terdapat lebih banyak persamaan dari perbedaan antara konsep perjuangan kedua parti politik tersebut. Hanya mereka terlau ghairah menangani isu2 duniawi (ekonomi).
    Apa yang diperlukan ialah kedu2 parti yang agak “sesat di hujung jalan” untuk kembali “ke pangkal jalan” – tegakkan kedaulatan Islam dan Melayu seperti yang dimaktubkan dalam perlembagaan Malaysia.
    Bagi orang Melayu tidak ada alternatif selain dari kedua parti politik itu yang dapat memperjuangkan agenda politik mereka. Kecuali orang Melayu bersedia menerima pemerintahan sekular seperti yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.
    Namun demikian mereka tidak boleh mengharapkan parti politik semata2 untuk membela nasib mereka. Penubuhan Majlis Muafakat Melayu Malaysia, sebagai sebuah badan bukan politik, merupakan satu langkah yang positif dalam usaha mempelbagai landasan dan strategi untik menjaga kepentiungan dan maruah bangsa.

    Comment by ADAM JOHARI | July 10, 2008 | Reply

  4. Realistiknya umat Melayu sudah menganggap PAS dan UMNO adalah sebahagian hidup mereka. Mereka hidup dan mati kerana mereka. Bukan kerana Tuhan Yang Esa lagi Bijaksana.

    Namun secara ilmiah kedua-dua Parti ini telah memperbodohkan dan mempergunakan Melau untuk kepentingan kekuasaan mereka.

    Mereka menggunakan candu yang sama iaitu satu kuasa agung yang dipanggil Tuhan/Yang/Allah/God.

    Mereka mencipta alat-alat berperang psikologi yang menggula-gulakan ummah atau yang menakut-nakutkan ummah dengan menggunakan nama Tuhan.

    Mereka berdua mendakwa merekalah suara Tuhan dan mereka yang menetukan halal dan haram sesuatu kehidupan itu.

    Walhal jika diselidiki dari sumber yang teragung iaitu Quran dan Sunnah kedua-dua parti ini telah mengada-adakan perkara yang ada dan mengharamkan benda yang halal.

    Maka Malaysia telah menjadi sebuah negara fitnah dimana yang benar menjadi yang salah dan yang salah menjadi yang benar.

    Saudara Adam Johari, tidak cukup Islamkah kita? Adakah bermakna kita akan masuk neraka? Ini kerana Islam merupakan garis yang menentukan kita ke neraka atau syurga?

    Kita sudah cukup Islamnya, malah jika dibandingkan dengan Islam orang Arab kita telah terlebih akan Islam sehingga membuat banyak perkata yang Rasullullah tidak buat dan banyak mengharamkan benda yang halal.

    Yang tidak Islamik Malaysia ini ialah kegagalan Malaysia melaksanakan proses nasionalisasi seperti mana yang dibuat oleh Rasullullah ke atas penduduk Madinah dan Mekah.

    Indonesia adalah sebuah negara yang betul-betul mengikuti apa yang Rasullullah buat, namun mereka tidak mendabik dada mengatakan mereka Islam malah mereka mengatakan bahawa mereka sebuah negara Sekular.

    Apa yang ada pada nama yang penting adalah isi hati.

    Comment by Jose Rizal | July 10, 2008 | Reply

  5. Buat Parti Sosialis Melayu Malaya. Eh kan kita dah ada Parti Sosialis, melayu semua kena joint parti ni

    Comment by Skunk | July 10, 2008 | Reply

  6. Apa kata Parti Komunis Melayu Malaysia barulah hebat

    Comment by Mao Zedong | July 10, 2008 | Reply

  7. PAS, UMNO berhaluan kanan. Sementara DAP, PKR, PSM, PRM berhaluan kiri.

    Dulu ada parti Melayu berhaluan kiri seperti PKMM, KMM, API, AWAS namun dihapuskan penjajah tapi membiarkan parti berhaluan kanan menruskan kegiatan mereka.

    Mereka bersetuju membiarkan parti berhaluan kanan kerana parti berhaluan kanan ini dasar mereka adalah material dan wang ringgit.

    Sementara berhaluan kiri dasar mereka adalah rakyat, keadilan, kebenaran, kecerdikan, kebebasan.

    Comment by Minda Lemah | July 10, 2008 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: