Melayu itu Indah Hebat Gagah

Just another WordPress.com weblog

VOA ‘jarum’ halus tambahkan populasi bukan Melayu?

Penulis merasakan ada sesuatu yg tidak kena dengan kenyataan 40,000 anak-anak India yg tiada sijil beranak tetapi didakwa lahir di sini. Adakah ini berkaitan dengan VOA kerana daripada statistik yang dilaporkan jelas menyaksikan pendatang asing dari India, Pakistan, Sri lanka mendominasi pendatang yang salah guna VOA – tidak mahu pulang ke negara masing2.

VOA lebih banyak buruk dari baik

Teliti semula pelaksanaan VOA

 

 17 Jun 2008

Oleh MOHD. ARIF ATAN

****

Sejak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan visa ketibaan (VOA) bermula 1 September 2006 lalu sebanyak 33 peratus iaitu 68,238 daripada 208,451 pemegang pas itu dikesan ‘ghaib’ di tanah air kita yang tidaklah sebesar mana ini.  (Utusan Malaysia, 5 Jun 2008) 

Tidakkah kegagalan mereka untuk meninggalkan Malaysia selepas tempoh masa dibenarkan akan mengundang pelbagai impak sosial, ekonomi mahupun sosio-politik terhadap rakyat Malaysia untuk jangka panjang nanti?

Kehilangan mereka yang mencecah puluhan ribu hanya dalam tempoh kurang dua tahun sahaja pelaksanaan VOA kemudiannya ‘menyerap’ dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini dikhuatiri akan menjejaskan kualiti kehidupan rakyat Malaysia jati kelak.

Paling nyata ialah menyempitkan lagi peluang anak watan dalam pasaran kerja; meningkatkan lagi jumlah kes jenayah dan penyakit berbahaya; menggalakkan pengaliran wang ke luar negara; mengancam keselesaan rakyat tempatan serta mewujudkan populasi kaum yang tidak stabil.

Kita harus bertindak sebelum nasi menjadi bubur. Adakah wujud pihak tertentu secara terancang sengaja ‘menangguk di air keruh’ di sebalik pelaksanaan VOA untuk tujuan yang mungkin tidak kita jangkakan?  

Ini dapat dilihat daripada jumlah VOA yang tinggal lebih masa di seluruh negara yang terdiri daripada 35,912 rakyat India, Pakistan (13, 014), Bangladesh (6,688), China (5,452) dan Sri Lanka (5,093).

Janji pihak Jabatan Imigresen akan sentiasa bekerja keras  mengesan pesalah VOA ini melalui operasi besar-besaran atau pun secara ‘ad-hoc’ tentunya tidak berbaloi jika keadaannya samalah seperti hanya menyapukan gam kertas pada tangki air yang bocor.

Adakah ‘masalah’ puluhan ribu anak kaum tertentu yang tidak memiliki sijil kelahiran tetapi didakwa lahir di negara ini ada kaitan dengan kegiatan salah guna pas ‘segera’ tersebut?

Tindakan melalui saluran politik yang membolehkan anak-anak yang ‘disyaki’ kerakyatannya itu  untuk menggenggan sijil kelahiran seterusnya diiktiraf sebagai warganegara Malaysia tentunya tidak kena jika wujud elemen salah guna VOA.

Bayangkan apabila angka 33 peratus imigran yang ‘lupa’ negara asal ini meningkat mencecah 50 atau 70 peratus pada masa akan datang tidak termasuk angka tidak rasmi yang telah lega menerobos masuk melalui ‘jalan tikus’ di sepanjang sempadan negara ini? Tidakkah rakyat Malaysia jati juga yang akan ditindas secara langsung mahupun tidak langsung nanti?

Selepas ini entah berapa lagi jumlah ‘anak-anak Malaysia’ yang tidak memiliki surat beranak tetapi atas tekanan politik maka dengan mudah mendapat taraf kerakyatan. Tidakkah ini hanya akan mengundang ketidakstabilan nisbah penduduk mengikut kaum di negara ini kelak?

Oleh itu, sebelum keadaan bertambah parah ada baiknya pelaksanaan VOA ini diteliti semula. Malah, bertambah molek ditarik balik sahaja andainya dilihat lebih banyak membawa impak buruk mengatasi kesan baiknya.

Guna sahajalah dasar yang sedia ada untuk membenarkan orang asing menjejakkan kaki ke negara ini. Mereka yang memang benar mahu datang ke Malaysia atas tujuan yang jujur seperti sebagai pelancong, peniaga mahupun pelajar tidak akan mencari alasan mendakwa sukar masuk ke Malaysia hanya kerana tiadanya VOA.

Kerana itu VOA perlu dikaji semula agar tidak menjejaskan hidup kita kelak.

MOHD ARIF ATAN

Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU), China. 

June 17, 2008 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: