Melayu itu Indah Hebat Gagah

Just another WordPress.com weblog

Melayu mencintai kebebasan kehakiman

Berita Hakim Ian Chin memberitahu bahawa bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamed telah memberi ancaman ketika satu persidangan pada tahun 1997 bahawa kerajaan boleh memecat mana-mana hakim yang tidak memberi keputusan yang memihak kepada kerajaan bagaikan satu lagi bom yang dicampak kepada Mahathir sejak beberapa insiden kehakiman yang muncul baru-baru ini.

Hakim Ian Chin juga berkata hakim-hakim telah dihantar ke ‘boot camp’ untuk diajar bagaimana untuk memberi keputusan yang boleh menyebelahi pihak kerajaan.

Sebelum ini isu pita video Lingam telah membawa kepada penubuhan Suruhanjaya Siasatan mengenai Pita Video Lingam yang mengesyorkan bahawa Mahathir Mohamed beserta Lingam, Vincent Tan, Tengku Adnan, Fairuz dan Eusoff Chin disiasat.

Ianya ditambah lagi dengan saga 1988 dimana dikatakan bahwa Dr Mahathir telah berusaha agar bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas dipecat agar kuasa kehakiman akhirnya jatuh ketangan pihak eksekutif.

Walaupun ramai hakim-hakim termasuk Tun Dziddin dan Shaik Daud Ismail tidak mengingati akan ancaman yang dibuat oleh Dr Mahathir pada tahun 1997, namun secara umumnya masyarakat merasakan bahawa sudah tiba masanya kuasa kehakiman dikembalikan semula kepada badan kehakiman.

Artikel 121 Perlembagaan Persekutuan (sebelum tahun 1988) menyatakan kuasa kehakiman terletak di tangan badan kehakiman. Namun pada tahun 1988 kuasa itu dicabut oleh parlimen dan berikutnya Tun Salleh Abbas dipecat.

Keadilan itu penting bagi sesebuah masyarakat. Tanpa keadilan tiadalah keharmonian. Dan keadilan itu tidak akan dikecapi jika tiadanya kebenaran.

Itu sebabnya ungkapan “bercakap benarlah walaupun pahit” itu sentiasa diajar oleh pendita-pendita kita.

Dan kebenaran dan keadilan itu hanya boleh dikecapi jika kita mempunyai badan kehakiman yang bebas dan adil. Badan kehakiman itu penting dalam struktur masyarakat. Malah kesemua agama melihat hakim itu perlu adil dan bebas.

Islam mengatakan, “9 daripada 10 hakim masuk neraka”. Oleh itu badan kehakiman perlu bebas dan adil untuk memastikan tiada warganegara yang berasa teraniaya atau dizalimi. 

June 12, 2008 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: