Melayu itu Indah Hebat Gagah

Just another WordPress.com weblog

Majlis Perkahwinan meniru identiti Cina

Bergegarlah langit, apabila majlis perkahwinan bangsa Melayu membuang identiti majlis mereka dan menggunakan ciri-ciri perkahwinan Cina.

Tapi itulah yang berlaku di Bukit Kangkar, Johor. The Star 10 Jun 2008 muka N49 menceritakan bahawa Jamadi Abd Aziz, 58 tahun seorang Ketua Kampung di Bukit Kangkar, Johor telah membuat kad kahwin anaknya Nohrhayati Jamadi dengan ciri-ciri traditional kad kahwin Cina.

Malah tindakannya itu dipuji penduduk disitu lalu ada yang mahu mengikuti jejak langkahnya. Jamadi dengan bangganya mengatakan beliau menjemput 3000 orang tetamu dan lebih 200 orang adalah kaum Cina yang merupakan teman-teman rapatnya.

Jamdi mengatakan beliau telah membuat kad kahwin berwarna merah dan ditulis dalam bahasa Malaysia, bahasa Cina dan bahasa Inggeris untuk memperlihatkan keihklasan jemputannya.

Sementara itu anaknya Norhayati, 30 tahun berkata, dia dan suaminya Mohd Nazali, askar berumur 35 akan memakai pakaian traditional Cina, Indian, Korea dan Jepun namun dia tidak pula menyebut akan memakai pakaian kebangsaan Malaysia (Melayu).

Ini berlaku di negeri tempat kelahiran UMNO. Begitulah orang-orang UMNO, membuang bahasa, membuang budaya. UMNO membunuh Melayu.

Kecelakaan yang amat sangat jika Melayu tidak lagi mencintai kebudayaannya sendiri.

Kita seharusnya menggesa dan menggalakkan semua kaum/etnik mengamalkan dan membudayakan kebudayaan Melayu dalam hidup mereka, bukan kita membuang budaya kita dan mengamalkan budaya asing.

June 11, 2008 - Posted by | Uncategorized

2 Comments »

  1. tidaklah keterlaluan saya rasa..perkara ni tidak dapat kita elakkan kerana ia adalah hasil drpd asimilasi drp kaum-kaum..cba kita pndg dr sudut positif, byk kebaikannya..satu perkataan sahaja dapat saya ungkapkan. “perpaduan”. kan perpaduan teras kejayaan?

    Comment by lydia | August 29, 2008 | Reply

  2. Ialah perpaduan bila malaysia jadi hong kong tahun 2020. time tu awak kalau tak da nama cina, tak pandai cakap cina awak akan ditendang keluar dari malaysia

    Comment by gigidnl | August 29, 2008 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: