Melayu itu Indah Hebat Gagah

Just another WordPress.com weblog

Muhibah hanya retorik utopia?

Muhibah hanya retorik utopia?

 

Kongres Permuafakatan Melayu yang berlangsung selama 3 hari di Johor Bahru telah membincangkan berbagai-bagai masalah yang berlaku di negara cacar-marba Malaysia ini.

 

Antaranya keruntuhan penggunaan bahasa kebangsaan, penyusutan kebudayaan Melayu, pemikiran konsep ‘muhibbah’ dan pelbagai lagi.

 

Budayawan dan ahli-ahli akademik yang sekian lama bersikap menutup mata tiba-tiba terbeliak mata ekoran kekalahan teruk dalam sejarah Barisan Nasional (BN) di tangan Pakatan Rakyat (PR).

 

BN hilang dua per tiga kerusi parlimen serta tercicir lima buah negeri. UMNO sendiri kini hanya memiliki 78 kerusi dari 140 kerusi yang dimenangi oleh BN. Ini bermakna sebanyak 62 kerusi dari BN dimenangi oleh bukan Melayu. Jika 62 ahli parlimen bukan UMNO dari BN bergabung dengan 36 ahli parlimen bukan Melayu dari pembangkang, mereka hanya kekurangan 14 kerusi untuk membentuk kerajaan.

 

Lihatlah bagaimana impak daripada keghairahan mahukan “perpaduan dalam kepelbagaian” atau ‘muhibah’  akhirnya hanya melenyapkan secara beransur-ansur kuasa kebudayaan Melayu yang sebelum ini menjadi teras kebudayaan kebangsaan.

 

Dahulu, semua majlis-majlis rasmi, pesta kebudayaan, konsert atau karnival hanya menampilkan kebudayaan Melayu dan bahasa Melayu. Kini setiap acara sudah menampilkan konsep ‘muhibbah’ dengan meletakkan semua budaya dan bahasa sama taraf dan sama tinggi. Tidak kira hari kemerdekaan, hari pekerja atau sambutan hari tahun baru, semuanya menonjolkan pelbagai kebudayaan bangsa untuk memperlihatkan Malaysia is Truly Asia’.

 

Malahan pada AIM 2008 yang lepas pertama kalinya kita melihat anugerah-anugerah lagu berbahasa bukan kebangsaan kepada rakyat Malaysia. Juga persembahan-persembahan bukan dalam bahasa rasmi negara ini.

 

Wabak virus ini yang telah menyerap dalam institusi-institusi seni dan budaya Malaysia menunjukkan bahawa negara Malaysia kini telah berada di tahap bahaya. Adalah sedia maklum bahawa dalam setiap keruntuhan tamadun negara bangsa, benteng terakhir adalah seni dan budayanya. Jika virus kekeliruan negara ini berjaya merosakkan seni negara, maka tiadalah lagi konsep Melayu teras negara atau ketuanan Melayu lagi.

 

Cadangan penubuhan Majlis Muafakat Melayu Malaysia amat dialu-alukan. Biarlah ia menjadi satu lembaga yang tertinggi dan amat dipercayai oleh bangsa Melayu. Setiap tuntutan berkaitan kepentingan Melayu mesti mendapat sokongan semua pihak.

 

Pendirian majlis tersebut harus dilihat sebagai keramat dan berdaulat yang berupaya membantu kembali pembinaan negara-bangsa yang semakin hancur ini.

 

Satu lagi cadangan yang tertinggal adalah penubuhan satu lagi parti Melayu yang bersifat demokratik moden yang boleh bersaing secara sihat dengan UMNO demi kepentingan Melayu. Kini setelah terkuburnya Semangat 46, UMNO merupakan satu-satunya parti Melayu di Malaysia. Akibat tiadanya saingan untuk mendapatkan sokongan bangsa, UMNO kini sudah hilang tujuan asal perjuangannya. UMNO yang sepatutnya memperjuangkan kedaulatan bahasa dan budaya kebangsaan sudah tersasar arah hingga kini dikenali sebagai parti elit untuk mengayakan golongan mereka sahaja.

 

Dengan tertubuhnya parti Melayu baru, bangsa Melayu sekurang-kurangnya dapat memilih parti yang benar-benar memperjuangkan bangsa dan juga pada masa yang sama memperjuangkan demokrasi, bebas rasuah dan keadilan sosial bangsa. Majlis Muafakat Melayu Malaysia boleh membantu penubuhan parti baru ini, dan kemudian membiarkan parti-parti melayu ini bersaing sesama mereka.

 

Majlis Muafakat Melayu Malaysia harus cepat bertindak. Kini anak-anak muda Melayu bersifat apologetic dan berasa defensive dengan bangsa lain. Mereka mulai menganggap bahawa bangsa lain perlu diberi keistimewaan menggunakan bahasa dan kebudayaan mereka seperti bangsa Melayu. Anak muda Melayu sendiri berasa racist jika mereka memperjuangkan bahasa dan kebudayaan Melayu.

 

Walhal, dunia menunjukkan tiada negara yang bersifat majmuk kecuali Malaysia. Mana-mana negara majmuk akhirnya akan mengalami kehancuran atau berada dalam perang saudara. Konsep ‘muhibah’ atau ‘majmuk’ sebenarnya adalah satu retorik utopia yang tiada benarnya.

 

Negara tidak mungkin akan muhibah atau bersatu-padu jika setiap bangsa menggunakan bahasa yang berlainan, bergaul sesama mereka dan hidup dengan budaya masing-masing. Dalam jiwa mereka sebenarnya perasaan saling mencurigai, syak-wasangka dan persaingan yang hanya menjatuhkan satu sama lain.

 

Hanya satu kemungkinan yang akan berlaku jika Melayu gagal berusaha menguatkan teras kemelayuan di Malaysia:  Tanah air ini hanya akan menuju menjadi sebuah negara-bangsa berteraskan Cina seperti Singapura bukan lagi berteraskan Melayu.  Adakah itu yang semua orang Melayu mahukan?

May 6, 2008 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: