Melayu itu Indah Hebat Gagah

Just another WordPress.com weblog

Kesian Faizal Tahir

Sifat suka menghukum dan tiada lagi belas ihsan atau kasih sayang memang semakin teruk dikalangan orang Melayu.

 

Lihatlah isu kafir-mengkafir, mengata dan mencaci. Berkata orang itu berdosa dan orang ini masuk neraka.

 

Walhal manusia bukan Tuhan, Tuhan sahaja Yang Maha Adil lagi Maha Menghukum.

 

Hal penghentaman Faizal Tahir juga tidak habis sudah. Dia bukanlah ahli takfir, ahli bidaah, ahli syirik mahupun ahli khurafat. Dia pun bukanlah mencuri duit rakyat, merasuah, menyalahgunakan kuasa.

 

Namun orang seperti Faizal Tahir yang suka disensasikan oleh pihak akhbar dan orang ramai. Bagaikan dirinya punca segala dosa dan maksiat, dialah thagut dialah dajjal dan dialah ya’jut ma’jut.

 

Kononnya dialah perosak budaya Melayu, walhal dia tidak pernah mencampur adukkan kebudayaan Melayu dengan kebudayaan Cina mahupun India. Dia mempopularkan Bahasa Kebangsaan dan berusaha membuatkan rakyat Malaysia menghargai lagu-lagu Melayu Malaysia.

 

Adakah rock itu perosak budaya, adakah nasyid itu menyelamatkan budaya?

 

Budaya itu tidak rigid dan berkembang dikembangkan oleh generasi baru. Kalau budaya itu tetap, maka kita akan terus dengan lagu-lagu keroncong dan lagu-lagu Fauzi Marzuki. Budaya berkembang sesuai dengan zaman. Budaya akan dibentuk oleh orang baru dan orang muda. Budaya itu berkembang, bercampur, bergaul dan membentuk.

 

Mengatakan budaya rock itu merosakkan budaya merupakan satu tuduhan yang jahil lagi palsu. Bidaah lagi khurafat.

 

Pengambilan bulat-bulat budaya asing lalu diikuti tanpa diasimilasikan itulah perosak budaya.

 

Kenapa lagu padang pasir perlu berketayap dan berjubah? Ambillah alunan lagu padang pasir kenapa perlu diikuti cara pakaian mereka.

 

Tengok kepada lagu Desert Rose oleh Sting. Dia mengambil lagu padang pasir dan diasimilasikan dengan budayanya.

 

Orang menjerit terlompat-lompat itu ada pada semua bangsa. Kuda kepang, silat, makyong semua ada orang terjerit-jerit melompat-lompat.

 

Orang menjerit-jerit terlompat-lompat adalah perilaku individu mengekspresi diri. Kalau semuanya hendak meletakkan tangan di perut dan berdiri tegak, maka persembahannya adalah munafik semata.

May 6, 2008 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: