Melayu itu Indah Hebat Gagah

Just another WordPress.com weblog

1011 040108 ALLAH Tuhan Sekalian Manusia

Badanku sakit-sakit hari ini beserta bangun dengan agak lambat. Semalam adalah hari kedua aku menjalankan Personal Training (“PT”) dengan trainer aku. PT akan memastikan aku fit dan mempunyai potongan badan yang menarik. Yang berlainan di dalam program latihan (training) ini, adalah adanya sesi kickboxing. Aku telah pelajari jab, hook, dan look-up (teknik-tenik bertumbuk).

 Akhirnya aku berjaya juga membuat wordpress. Ianya agak berlainan dengan blogspot. Mungkin aku masih baru dalam wordpress lalu tidak mengetahui potensi sebenar wordpress ini.

 Pagi ini aku diberitakan dengan khabar sedih. Kabinet Barisan Nasional Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan bahawa perkataan ALLAH hanya untuk Muslim.

 Aku yang pernah bersekolah di sekolah MAAHAD dan mempelajari bahasa Arab terkejut dengan pengumuman tersebut. Ini kerana perkataan ALLAH adalah bahasa Arab untuk Tuhan (God dalam bahasa Inggeris). Kita dapat lihat, apa jua agama, anutan orang-orang Arab, tetap menggunakan perkataan ALLAH bagi Tuhan mereka.

Sila lihat tulisan saya mengenai asal-usul perkataan ALLAH di fail berikut: –

Asal Usul Perkataan ALLAH

Quran didalam bahasa Inggeris menggunakan perkataan GOD bagi ALLAH. Ini disahkan sendiri oleh Masjidil Haram Mekah. Kita dapat lihat apabila kita mengikuti siaran langsung sembahyang terawikh Masjidil Haram Mekah di TV1 dan TV9. Di bahagian bawah TV ditunjukkan alih bahasa ke Inggeris. Mereka menggunakan perkataan GOD bukanlah ALLAH. Contohnya bagi ALLAH HU AKBAR mereka mengalih bahasakan kepada GOD IS GREAT iaitu TUHAN MAHA BESAR bukanlah ALLAH is Great.

Hanya apabila ISLAM sampai ke tanah Melayu, orang-orang Melayu zaman dahulu tidak mengalih bahasakan dengan sempurna. Seharusnya mereka mengalih bahasakan perkataan ALLAH kepada TUHAN. Dan seharusnya apabila kita membuka al-Quran versi bahasa Malaysia, ayat pertama yang kita lihat adalah:

Dengan nama Tuhan yang Pemurah lagi Penyayang.

Kita harus juga mengetahui apabila kita ‘memilik hartakan’ perkataan ALLAH, penganut Hindu juga boleh ‘memilik hartakan’ perkataan SYURGA dan NERAKA. Ini kerana perkataan SYURGA dan NERAKA adalah bahasa SANSKRIT yang diguna pakai dalam KITAB SUCI HINDU. Bahasa Arab untuk konsep Syurga dan Neraka adalah JANNAH dan JAHANNAM.

Namun kita, bangsa Melayu yang berbahasa Melayu yang dulunya majoritinya beragama HINDU telah meMELAYUkan perkataan SVARGAH dan NARAKAH kerana konsep itu tidak wujud sebelum kedatangan HINDU di bumi Melayu. Apabila Islam menyerap masuk dalam budaya orang Melayu, kita masih menggunakan perkataan Syurga dan Neraka kerana konsepnya sama dengan JANNAH dan JAHANNAM.

Namun, tidak harus kita menggunakan perkataan ALLAH bagi konsep TUHAN kerana kita telah mempunyai perkataan Melayu kita sendiri iaitu TUHAN. Sila baca tulisan Arif Atan (Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya) mengenai asal-usul perkataan.

MELAYU TERKELIRU

Seharusnya Kristian, Muslim atau apa jua kepercayaan di tanah Malaysia ini menggunakan bahasa kebangsaan (Bahasa Malaysia) kita sepenuhnya iaitu menggunakan perkataan TUHAN bagi Tuhan.

 Allah adalah Tuhan sekalian manusia, bukan hanya Tuhan orang-orang Islam sahaja.

Ma rabbuka = Siapakah Tuanmu?

ALLAHhu Rabbi, ALLAHhu Ahad, ALLAHhu fatharas samawati wal ard =

 Tuhan Tuanku, Tuhan yang Satu, Tuhan pencipta langit dan bumi.  

January 4, 2008 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: