Melayu itu Indah Hebat Gagah

Just another WordPress.com weblog

Apa itu Melayu

Melayu itu tenang, mencintai kedamaian, menyukai kecantikan mengkagumi kebersihan.

Melayu itu bertindak, pantang dicabar, menghapus musuh, mengkeji keburukan.

Melayu itu sukakan keadilan, penegang kebenaran berpegang kepada kesaksamaan.

Melayu itu pandai, berilmu, rajin, kreatif, inovatif.

Melayu itu hilang tanpa sukan, seni, budaya dan hiburan. Inang, Zapin, Joget, Gamelan, Mak Yong, Dikir Barat, Rock, R&B, Hip-Hop, Rap, Blues, Country, Metal, Alternative, Nasyid; bersatu, berasimilasi, membentuk identiti diri.

Melayu itu kerana bahasanya, budi pekertinya, budayanya, adatnya.

Melayu itu berkata, “Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah. Melayu itu boleh hidup beraja dan boleh hidup tanpa beraja.

Melayu itu bencikan rasuah. Rasuah adalah dosa yang MAHA dosanya, dosanya mengatasi membunuh dan berzina.

Melayu tidak sukakan kongkongan politikus dan agamawan. Melayu menolak politikus dan agamawan yang mempergunakan tempat mereka untuk kepentingan diri. Melayu tidak mahu mati kerana Politik dan Agama.

Melayu itu berdiri melangkaui agama. Melayu dulu maju kerana Hindu dan meneruskan kelangsungan kerana Islam. Agama adalah hak hidup masing-masing. Bangsa tidak akan terancam kerana Agama.

Melayu itu bangsa dan negara. Sesiapa sahaja boleh menjadi Melayu tidak kira apa kaum asalnya dia. Asalkan dia berbahasa Melayu, mengikuti tata cara hidup Melayu, berfikir cara Melayu dan mencintai Melayu 

4 Comments »

  1. I’m an graphic designer/photographer/observer. I’m more interested into malay culture.Even though I’m a malay my self,but i felt there is something wrong here.The essence itself,the art itself is missing. In a sense of spiritual nourishment from a designer view. Could we do something ?can we do something ?will we be obsolete in the near 20 years?Are we going to just carry the name,without the art,the sense.What is it anyway in being a malay ?
    and sumpah nampak bodoh tanya soalan dalam english psl melayu.tapi itu saja yg sy mampu.

    Comment by zam | December 17, 2009 | Reply

    • faham faham, some things are better delivered and understood if it is said in english. well depends on what language you are used to actually. hehe. oh maaf hanya pada tahun 2012 baru komen. betapalah sikitnya orang yang kisahkan tajuk2 sebegini. and i used to be one of them, sigh. you actually pointed out quite a good point there. being a malay is something that makes me feel very proud. really. putting aside those rotten side of it but still, if i could change it, i wont do it. it triggers you in a way that words cannot explain. and im still figuring what to write to describe how is it or what is being a malay. you just are. and it’s something that i am proud of .get it?.. :)

      Comment by ir | March 13, 2012 | Reply

  2. x kan melayu hilang didunia///
    hilang melayu hilang dunia///

    Comment by Anonymous | August 9, 2011 | Reply

  3. melayu itu dari hati. satu kebiasan yang dah tersemat dalam hati. ibu bapa banyak mainkan peranan dalam nak bagi kesedaran kat kita. siapa kita. untuk apa kita. kenapa kita. semuanya buat kita rasa ‘oh saya melayu’, tapi yang paling penting, Islam itu lebih tinggi. paling tinggi sebenarnya. sebab Islam itu betul, kita akan dapat jadi orang Melayu secara betul nya, dengan menjadi orang Islam yang betul. kita melayu sebab kita lahir di sini. kita berbuat baik, berbudi bahasa etc bukan kerana kita melayu semata, tapi kerana kita orang Islam yang harus berbuat baik. dan “saya orang melayu jadi saya perlu berbudi bahasa” comes after that.
    -maaf kalau salah- :)

    Comment by ir | March 13, 2012 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.