Islam itu juga bersifat sosialisme
Bukti Islam bersifat sosialisme adalah dengan wujudnya zakat di dalam Islam. Zakat tujuannya adalah untuk mengambil sebahagian harta orang kaya dan diberikan kepada orang miskin.
Sosialisme itu maksudnya panjang. Ianya datang dari perkataan sosio yang membawa maksud masyarakat. Maka boleh dikatakan sosialisme itu adalah satu pegangan yang hanya mahu memenangkan rakyat.
Sosialisme itu bertentangan dengan kapitalisme atau laissez-faire. Dalam pegangan kapitalisme, orang kaya berhak tidak menolong orang miskin, dan berhak menggunakan kekayaan mereka memperbodohkan orang miskin.
Lalu sosialisme diwujudkan agar masyarakat diutamakan lalu meningkat status masyarakat dan mengurangkan jurang antara miskin dan kaya.
No comments yet.