Melayu itu Indah Hebat Gagah

Just another WordPress.com weblog

Berzanji itu Sesat

Antara sebab utama al-Arqam diharamkan oleh kerajaan adalah kerana ianya menganut dan menyebarkan ajaran Aurad  Muhammadiah atau Hakikat Muhammadiah. Malahan kebanyakkan tarekat-tarekat memasukkan ajaran hakikat Muhammadiah dalam salah satu kekuatan ajaran mereka sebagai ajaran batinniyah mereka.

 

Hakikat Muhammadiah

 

Hakikat Muhammadiyah dikenali sebagai Nur Muhammad. Mengikut fahaman Nur Muhammad, Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bukan dicipta daripada tanah, tapi daripada cahaya (Nur) dan ajaran ini meyakini bahawa dunia, sekalian alam dan segala isinya diciptakan bersebab dari Nur Muhammad ini.

 

Dengan kata lain; “Adalah hakikat bahawa dikeranakan Nur Muhammad, dunia sekalian alam dan isinya diciptakan oleh Allah”.

 

Selain itu Nur Muhammad ini boleh berpindah-pindah (inkarnasi) mengikut keturunan. Kepercayaan inkarnasi ini terdapat dalam kepercayaan agama Hindu.

 

Orang pertama menghidupkan teori Nur Muhammad ini ialah al-Hallaj. Sesudah beliau ianya diperluas dan diperkembangkan oleh Ibn Arabi. Syiah menerap pakai konsep ini dalam ajaran mereka lalu menganggap Imam-Imam mereka adalah maksum kerana mereka berketurunan dari Nabi Muhammad.

 

“Nur Muhammad itu qadim dan bersambung terus-menerus kepada nabi,nabi, rasul-rasul, imam-imam (syiah) dan para wali”.

 

Fahaman ini bermula dari fahaman kerohanian teosofi yang meyakini bahawa segal-galanya bermula dari nur (cahaya) sama ada yang lahir (makrifat) atau juga yang batin (hakikat). Ia pada dasarnya dipengaruhi oleh teori Neoplatonisme melalui konsep “Emanasi” iaitu segalanya adalah pancaran cahaya yang mengalir dari Tuhan.

 

Dalam bahasa arab ianya dikenali sebagai teori “Al-Faidh” atau yang diistilahkan oleh golongan sufi/tasawuf sebagai “Tajalli”. Teori Neoplatonisme ini dijumpai dari ajaran Hindu iaitu inkarnasi (kepercayan perpindahan roh) yang juga disebut “Kitaran Hayat”

 

Mereka mempercayai Nur Muhammad itu mencipta para malaikat dan para Nabi. Dan juga dikeranakan Nur itu terciptalah segala makhluk seperti tujuh petala langit dan penghuninya, bintang-bintang dan bumi serta segala yang terdapat di permukaan dan di dasar lautan, termasuklah syurga dan neraka.

 

Sangkalan kepada Hakikat Muhammadiah

 

Mengikut teori Nur Muhammad, Nur Muhammad itu boleh berpindah-pindah dari satu jasad ke satu jasad. Kepercayaan ini bertentangan dengan nas al-Quran kerana setiap roh orang yang telah mati berada di barzah iaitu tempuk yang membatasi antara dunia dan akhirat. Firman Allah:

 

 وَمِنْ وَرَآئِهِمْ بَرْزَخٌ اِلَى يَوْمِ يُبْعَثُوْنَ.

 

“Di hadapan mereka ada dinding (tembuk) sampai mereka dibangkitkan”.

Surah al-Mu’minun ayat 100

 

Mengikut Hakikat Muhammadiah juga, Muhammad adalah manusia pertama yang dicipta dan dicipta dalam bentuk Nur. Walhal Adam merupakan manusia pertama yang dicipta oleh Allah. Makhluk-makhluk lain yang dicipta selepas Arasy pula adalah qalam. Sabda Rasulullah:

 

اِنَّ اَوَّلَ مَا خَلَقَ اللهُ الْقَلَمَ.

 

Sesungguhnya permulaan makhluk yang diciptakan oleh Allah ialah qalam”

 Hadith riwayat Tarmizi. Menurut al-Albani hadith ini sahih.

 

Firman Allah Taala:

 

وَلَقَدْ خَلَقْنَا اْلاِنْسَانَ مِنْ سُلاَلَةٍ مِنْ طِيْنٍ.

 

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari saripati (yang berasal) dari tanah”.

Surah al-Mu’minun ayat 12

 

Firman Allah Taala:

 

اِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ اِنِّيْ خَالِقٌ بَشَرًا مِنْ طِيْنٍ

 

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat:  Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah”.

Saad, 38:17

 

Firman Allah Taala:

 

هُوَ الَّذِيْ خَلقَكُمْ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ مِنْ نُطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ.

 

“Dialah yang menciptakan kamu dari tanah kemudian dari setitis air mani kemudian dari segumpal darah”.

Gafir, 40:67.

 

Firman Allah Taala:

 

هُوَ الَّذِيْ خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيْرًا وَنِسَآءً وَاتَّقُوْا اللهَ الَّذِيْ تَسَـآءَ لُوْنَ بِهِ وَاْلاَرْحَامَ

 اِنَّ اللهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيْبًا.

      

“Hai sekalian manusia!  Bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu dan daripadanya Allah menciptakan isterinya dan daripada keduanya Allah memperkembang-biakkan lelaki dan perempuan yang banyak.  Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama yang lain dan (peliharalah) hubungan silaturrahim.  Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu”.

An-Nisa’, 4:1.

 

Sabda Rasulullah:

 

كُلُّكُمْ بَنُوْا آدَمَ وَآدَمَ خُلِقَ مِنْ تَرَابٍ.

 

“Kamu semua adalah anak keturunan Adam.  Dan Adam diciptakan dari tanah”.

Hadith riwayat al-Bazzar. Menurut al-Albani hadith ini sahih. Lihat al-Jami’ 4444

 

Nabi Muhammad salallahu ‘alaihi wa-sallam  adalah seorang manusia seperti seluruh manusia yang lain.  Baginda dari keturunan Adam dan diciptakan dari tanah sebagaimana dicipta Nabi Adam ‘alaihi as-salam, nabi-nabi, para rasul atau para wali sekalian:

 

قُلْ اِنَّمَا اَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوْحَى اِلَيَّ اِنَّمَآاِلَهَكُمْ اِلَهٌ وَّاحِدٌ.

 

Katakanlah!  Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku:  Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Maha Esa”.

Al-Kahfi, 18:110.

 

Tidak ada seorang pun manusia yang diciptakan dari nur. Hanya para malaikat sahaja yang diciptakan dari nur. Perkara ini dijelaskan leh Muhammad di dalam sabdanya:

 

خُلِقَتِ الْمَلاَئِكَةُ مِنْ نُوْرٍ وَخُلِقَ الْجَآنُ مِنْ مَارِجٍ مِنْ نَارٍ وَخُلِقَ آدَمَ مِمَّا وَصَفَ لَكُمْ.

 

“Malaikat diciptakan dari nur.  Jin diciptakan dari nyalaan api dan Adam diciptakan dari apa yang telah disifatkan kepada kamu (dari tanah)”.

Hadith riwayat Bukhari dan Muslim

 

Selain itu Hakikat Muhammadiah mendakwa terjadinya alam dan makhluk kerana dijadikan Muhammad. Ini merupakan satu fahaman yang melampaui batas. Firman Allah:

 

وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّى يَاْتِيَكَ الْيَقِيْنُ.

 

“Dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal/kematian)”.

Al-Hijr, 15:99.

 

Firman Allah:

           

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَاْلاِنْسَ اِلاَّ لِيَعْبُدُوْنَ.

 

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu”.

Az-Zariat, 51:56.

 

Firman Allah:

 

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِى كُلِّ اُمَّةٍ رَسُوْلاً اَنِ اعْبُدُوْا اللهَ وَاجْتَنِبُوْا الطَّاغُوْتَ.

     

Dan Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat untuk menyerukan:  Sembahlah Allah sahaja dan jauhilah taghut”.

An-Nahl, 16:36.

 

Firman Allah:

 

 

وَمَا اَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَسُوْلٍ اِلاَّ نُوْحِى اِلَيْهِ اَنَّهُ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اَنَا فَاعْبُدُوْنِ.

 

Tidak Kami utus seorang pun Rasul sebelum engkau (Ya Muhammad!)  Melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan kecuali Aku, maka oleh sebab itu sembahlah Aku”.

Al-Ambiya, 21:25.

 

Berzanji membawa fahaman Hakikat Muhammadiah

 

Berzanji yang menjadi amalan bagi penduduk di Asia Tenggara adalah sebuah buku hikayat Nabi yang mempopularkan Hakikat Muhammadiah. Antaranya:

 

وَلَمَّا اَرَادَ اللهُ تَعَالَى اِبْرَازَ حَقِيْقَتِهِ الْمُحَمَّدِيَّةِ

 

“Dan tatkala Allah hendak melahirkan (ke alam nyata) HakikatNya Muhammadiyah”.

 

 

وَاُصَلِّيْ وَاُسَلِّمُ عَلَى النُّوْرِ الْمَوْصُوْفِ بِالتَّقَدُّمِ وَاْلاَوَّلِيَّةِ الْمُنْتَقِلِ الْغُرُرِ الْكَرِيْمَةِ وَالْحِبَاهِ.

 

Yang bermaksud: “Dan lagi aku memohon kepadaNya moga-moga Allah mencucuri rahmat dan selamat kepada an-Nur yang Dia telah jadikan terdahulu daripada segala makhluk yang lainnya.  Iaitu nur yang berpindah-pindah daripada satu dahi kepada satu dahi yang mulia keadaannya, iaitu moyang-moyang Nabi Salallahu ‘alaihi wa-sallam yang mulia sehingga dahi Abdullah ayahandanya”.

 

 

فَجَمِيْعُ اْلاَنْبِيَاءِ خُلِقُوْا مِنْ نُوْرِمُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

      

“Maka sekalian para nabi telah dicipta dari Nur Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam”.

 

 

نَتَوَسَّلُ اِلَيْكَ بِشَرَفِ الذَاتِ الْمُحَمَّدِيَّةِ.

 

“Dan kami (bertawassul) bermohon kepadaMu berkat kemuliaan hakikat al-Muhammadiyah”.

 

 

وَبَعْدُ فَاَقُوْلُ هُوَسَيِّدُنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِالله بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ.

     

“Aku nyatakan bahawa Nur yang tersebut tadi itu akhirnya telah menjadilah Penghulu kita Syaidina Muhammad (moga-moga Allah kurniakan kesejahteraan kepadanya) Syaidina Muhammad itu ialah anak Abdullah, dan Abdullah itu anak Abdul Muttalib”.

 

 

 

Berzanji juga mempamerkan pemujian yang melampaui batas kepada Rasulullah:

 

اَنْتَ شَمْسٌ اَنْتَ بَدْرٌ * اَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ.

     

“Engkau matahari, engkau bulan purnama * Engkaulah cahaya di atas cahaya”.

 

اَنْتَ الَّذِيْ اَشْرَقْتَ فِىاُفُقِ الْعُلاَ * فَمَحَوْتَ بِاْلاَنْوَارِكُلَّ ضَلاَلِ

           

“Engkaulah yang menyinari di ufuk yang tinggi * Engkau hapuskan setiap kegelapan dengan cahaya-cahayamu”.

 

Sedangkan ia bertentangan dengan firman Allah:

 

اَللهُ نُوْرُ السَّمَاوَاتِ وَاْلاَرْضِ.

 

“Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi”.

An-Nur, 24:35.

 

 

Di dalam kitab Berzanji ada sepotong doa yang dipohon yang mana doa tersebut mengandungi unsur syirik:

 

“Kami bermohon kepadaMu dengan berkat kemuliaan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan kelebihannya”.[1]

 

Seandainya Rasulullah sallallhu ‘alaihi wa-sallam boleh mendengar seruan dan kata-kata di atas ini, tentu akan menghukum penyerunya sebagai pelaku syirik besar, kerana pertolongan dan tempat meminta yang dapat menghilangkan segala penderitaan dan masalah manusia hanya Allah semata.  Allah Subhanahu wa-Ta’ala telah menjelaskan perkara ini di dalam firmanNya:

 

اَمَّنْ يُّجِيْبُ الْمُضْطَرَّ اِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوْءَ وَيَجْعَلُكُمْ خُلَفَآءَ اْلاَرْضِ أاِلَهٌ مَّعَ اللهِ قَلِيْلاً مَّا تَذَكَّرُوْنَ.

 

“Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepadaNya dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi?  Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain?)  Amat sedikitlah kamu mengingati(Nya)”.”.

An-Naml, 27:62.

 

Allah Subhanahu wa-Ta’ala di dalam al-Quran telah memerintahkan kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam agar mengkhabarkan kepada umat baginda dengan membacakan firman Allah:

 

قُلْ اِنِّيْ لاَ اَمْلِكُ لَكُمْ ضَرًّا وَّلاَ رَشَدًا.

           

“Katakanlah (Ya Muhammad)!  Sesungguhnya aku tidak mempunyai kuasa mendatangkan sesuatu kemudaratan kepadamu dan tidak pula mempunyai kemanfaatan”.

Al-Jin, 72:21.

 

Dalam sebuah hadith, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam pula bersabda:

 

اِذَا سَاَلْتَ فَاسْاَلِ اللهَ وَاِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللهِ.

 

“Apabila kamu meminta sesuatu maka mintalah kepada Allah.  Dan apabila kamu meminta pertolongan maka mintalah kepada Allah semata”.

Hadith Riwayat Tarmizi (Hadith Sahih)

 

Dalil-dalil di atas membatalkan keyakinan penganut tarikat Nur Muhammad.  Namun, amat dikesalkan kerana pada kebiasaannya, bacaan bait-bait sya’ir semasa mengadakan perayaan maulid Nabi adalah terlalu berlebih-lebihan dan menambah-nambah dalam memuja-muji Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam.  Sedangkan baginda telah melarang dari berbuat sedemikian.  Baginda bersabda:

 

لاَ تَطْرُوْنِيْ كَمَا اَطْرَتِ النَّصَارَى ابْنِ مَرْيَمَ فَاِنَّمَا اَنَا عَبْدٌ قُوْلُوْا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.

 

“Janganlah kamu berlebih-lebihan dalam memujiku sebagaimana perbuatan orang-orang Nasrani memuji Isa bin Maryam.   Sesungguhnya aku hanyalah seorang hamba Allah.  Katakanlah! HambaNya dan utusanNya”.

Hadith riwayat Bukhari

 

Sering juga perbuatan yang dilakukan di perayaan maulid dilakukan juga di majlis-majlis perkahwinan atau di majlis-majlis keagamaan yang lainnya.  Di dalam majlis tersebut dilaungkan bait-bait yang berisi penjelasan bahawa Allah menciptakan Muhammad dari nurNya.  Dan dari Nur Muhammad itu pula segala sesuatu diciptakan. 

 

Al-Quran menganggap sebagai suatu pembohongan ajaran dan amalan Nur Muhammad yang sesat ini.  Ia jelas bertentangan dengan amalan orang-orang soleh dan ia adalah perbuatan yang syirik.  Allah mengharamkan perbuatan ini sebagaimana firmanNya:

 

قُلْ اِنَّمَا اَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوْحَى اِلَيَّ اِنَّمَآاِلَهُكُمْ اِلَهٌ وَّاحِدٌ فَمَنْ كَانَ يَرْجُوْا لِقَآءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صَالِحًا وَّلاَ يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ اَحَدًا.

 

Katakanlah (Ya Muhammad)!  Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Maha Esa.  Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya”.

Al-Kahfi, 18:110.

           

Sebagaimana yang telah diyakini oleh orang-orang yang beriman dan berilmu, bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam diciptakan melalui perantaraan seorang ayah dan seorang ibu.  Baginda adalah manusia biasa yang diturunkan wahyu oleh Allah Subhanahu wa-Ta’ala kepada baginda.   Keyakinan ini bertentangan dengan kepercayaan penganut Nur Muhammad, kerana kebiasaannya dalam majlis-majlis perayaan maulid yang mereka adakan, digambarkan melalui kitab-kitab maulid mereka tentang keluarbiasaan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam, kononnya Allah mencipta alam dan manusia lantaran Nabi Muhammad.  Kepercayaan ini juga diingkari oleh al-Quran, kerana dicipta manusia bukan kerana Nabi Muhammad, tetapi supaya mereka beribadah kepada Allah sebagaimana firmanNya:

 

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالاِنْسَ اِلاَّ لِيَعْبُدُونِ.

 

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaKu”.

Adz-Azariyat, 51:56

About these ads

June 10, 2008 - Posted by | Religion/Agama | ,

2 Comments »

  1. saya rada-rada kaget ketika membaca artikel anda yang menyebutkan bahwa nur Muhammad itu tidak ada.
    padahal dalam kitab daqaaiqul akhbar disebutkan bahwa makhluk yang pertama kali diciptakan itu adalah nur muhammad. dan baru kemudian baru diciptakan makhluk-makhluk yang lain.
    bahkan disebutkan bahwa nabi Adan AS pernah berkata bahwa ” bila diliat dari jasad (jasmaniah) aku adalah kakek dari NAbi Muhammad, tapi bila dilihat dari segi roh maka aku adalah cucunya Nabi muhammad”
    jadi disini yang disebut dengan nur muhammad itu adalah makhluk yang pertama kali diciptakan dan bukan berbentuk cahaya tapi mempunyai wujud tersendiri. silahkan anda baca dalam kitab Daqaaikhul akhbar.
    by http://www.bungetz.co.cc

    Comment by bagdies | June 10, 2008 | Reply

  2. Yang benar itu adalah al-Quran dan Sunnah Sahihah.

    Jika ada apa-apa makalah, karangan, tulisan yang bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah Sahihah maka ianya tidak boleh digunapakai.

    Comment by radzwill | June 10, 2008 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: