Melayu itu Indah Hebat Gagah

Just another WordPress.com weblog

Blog ini ditutup dan berpindah ke www.melayumoden.com

Sila layari http://www.melayumoden.com. Blog ini ditutup dan berpindah ke situ

August 29, 2008 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Tegakkan kerajaan Malaysia baru berteraskan bangsa Melayu

Oleh MOHD. ARIF ATAN, Universiti Malaya.

30 Julai 2008.

Sekali lagi 27 juta rakyat Malaysia akan bergembira berada di ambang sambutan ulang tahun kemerdekaan tanah air pada bulan Ogos ini.

Namun, dalam masa yang sama adakah seluruh orang Melayu baik pemimpin mahupun  rakyat terbanyak sudah merenung dan berfikir akan sejauh mana kelangsungan bangsa Melayu dapat bertahan di negara ini pada ulang tahun kemerdekaan masa-masa mendatang?

Kebetulan pula sekarang ini timbul isu rundingan bersemuka demi kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam yang dipanggil muzakarah atau muqabalah di antara PAS dan UMNO.

Malah, pelbagai reaksi pro dan kontra timbul apabila Nik Aziz mencadangkan pula pembubaran parti UMNO dan PAS untuk membentuk sebuah parti politik baru hasil gabungan kedua-dua parti pilihan orang Melayu itu.

Namun, jika pemimpin dan pengikut parti UMNO dan PAS mengetepikan sentimen politik dan kuasa parti masing-masing, usul tersebut wajar benar disokong.

Tambahan pula, dirasakan hak dan kepentingan orang Melayu semakin hari semakin merosot terutama selepas pilihan raya umum ke-12 (PRU-12) Mac lalu sehingga Prof. Datuk Dr. Zainal Kling menyifatkan keadaan kini umpama satu evolusi yang kejam terhadap masa depan bangsa Melayu. (Dewan Masyarakat, Edisi Khas 2008)

Oleh itu, ada baiknya rundingan UMNO-PAS dapat menghasilkan suatu momentum besar demi manfaat kepada bangsa Melayu sekaligus agama Islam jika itu juga mahu diperjuangkan.

Penulis mencadangkan agar sebuah parti berteraskan Melayu-Bumiputera diwujudkan jika kita benar-benar mahu melihat bangsa Melayu kelak selamat di tanah airnya sendiri.

Bahkan, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dari UIAM juga menegaskan bahawa orang Melayu boleh sahaja memerintah Malaysia ini sendiri tanpa sokongan kaum lain berdasarkan komposisi 65 peratus orang Melayu-Bumiputera kini. (Sinar Harian, 28 Julai 2008, N15)

Analisis penulis terhadap keputusan PRU-12 turut mendapati usul tersbut bukanlah cakap kosong atau tanpa asas bukti yang konkrit. Hanya terpulang pada kesungguhan politik (political will) para pemimpin Melayu dan desakan seluruh umat Melayu akan mampu merealisasikan hasrat tersebut.

Sebelum ini kita hanya tahu bahawa BN memperoleh majoriti mudah (simple majority) 63.1 peratus. Walhal, jika kita perhalusi lagi statistik pilihan raya tersebut sebenarnya tersembunyi satu isyarat jelas bahawa tibalah masanya orang Melayu memerintah sendiri tanpa terlalu banyak bergantung pada kaum lain.

Berikut adalah  peratusan jumlah kerusi yang mewajarkan usul tersebut dijadikan kenyataan:

1)      BN: Bumiputera = 79.3 peratus, bukan bumiputera = 20.7 peratus

PR : Bumiputera = 52.4 peratus, bukan bumiputera = 47.6 peratus

 

2)      Bumiputera BN = 50.0 peratus

Bumiputera PR = 19.4 peratus

Bukan bumiputera BN = 12.9 peratus

Bukan bumiputera PR = 17.7 peratus

 

Ini bermakna jika Bumiputera dari kedua-dua pihak (BN & PR) bergabung, bangsa Melayu termasuk bumiputera Sabah dan Sarawak memiliki lebih dua per tiga kerusi iaitu 69.4 peratus untuk membentuk sebuah kerajaan Malaysia yang baru!

 

Dengan tertubuhnya kerajaan Malaysia berpemimpinkan Melayu sahajalah usaha membentuk bangsa Malaysia berteraskan kebudayaan Melayu seperti yang terkandung dalam semangat Dasar Bahasa, Pelajaran dan Kebudayaan Kebangsaan akan dapat segera dilaksanakan. Sekaligus dapat memberi tumpuan untuk membangunkan sosio-ekonomi Melayu Bumiputera.

 

Dengan cara ini jugalah pelbagai kusut-masai masalah dan kemelut orang Melayu dapat kita rungkaikan sungguhpun mungkin tidak dapat diselesaikan seratus peratus.

 

Tidakkah orang Melayu rasa khuatir melihatkan barisan kabinet kerajaan hari ini yang didominasi kaum bukan Melayu lantaran memegang kementerian-kementerian ʽpentingʼ?

 

Jika kepimpinan Melayu-Bumiputera diwujudkan hasil gabungan semua kerusi milik Melayu-Bumiputera baik dari BN mahupun PR, pelbagai masalah yang menyelimuti orang Melayu sekurang-kurangnya lebih mudah diselesaikan apabila badan-badan yang bertanggungjawab dipegang sepenuhnya oleh bangsa kita sendiri.

 

Cukuplah selama lebih 50 tahun kita terlalu banyak bertolak-ansur dengan bukan Melayu. Politik permuafakatan yang diterima oleh kita selama ini sebenarnya hanya merugikan orang Melayu sedangkan orang bukan Melayu pula semakin hari semakin untung. Sekarang pun dapat dilihat, mereka bukan sahaja tidak menghormati hak dan kepentingan Melayu seperti yang telah digariskan Perlembagaan Persekutuan malah masih tidak berpuas hati menuntut itu dan ini.

 

Sebelum ini pun UMNO yang dikatakan peneraju orang Melayu banyak kali terpaksa tunduk pada tuntutan ʽrakanʼ api dalam sekamnya iaitu MCA, MIC dan Gerakan.

 

Malah, rasanya tidak mustahil jika PR dapat menggantikan kerajaan BN sekarang ini pun mitos perulangan Sang Sisyphus akan berlaku lagi kerana semuanya atas kepentingan politik parti. [1]

 

DAP yang ʽmenghantuiʼ PR tentunya akan menggunakan fungsi taringnya bagi menuntut apa yang dipanggil mereka sebagai Malaysian Malaysia dan kononnya hak sama rata yang sebenarnya hanya meluaskan lagi dominasi kuasa politik, ekonomi dan budaya bukan Melayu di tanah air ini.

 

Adakah kita berterusan mahu melihat milik kita iaitu kuasa politik, hak, kepentingan dan kekuasaan orang Melayu semakin menguncup hari ke hari atas hujah klise ʽdemi perpaduanʼ?

 

Sudahlah! Orang Melayu kini sudah tidak mempunyai banyak masa untuk saling bertekak sesama kita serta dalam masa yang sama terpaksa pula banyak kali mengambil hati dan termakan hati akibat mengalah dengan kehendak kaum-kaum lain.

 

Berdasarkan kekuatan kita dari segi komposisi penduduk, jumlah kerusi di Parlimen dan keabsahan hak orang Melayu-Bumiputera di sisi Perlembagaan Persekutuan, kepimpinan bangsa Melayu mestilah ditegakkan segera jika mahu melihat generasi kita pada masa depan selamat terpelihara.

 

**** 


[1] Prof. Rahman Shaari telah mengaitkan senario politik Negara ini seperti mitos perulangan Sang Sisyphus dalam Sinar Harian, 29 Julai 2008.

July 30, 2008 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Anwar liwat? Kes tidak bersabitlah!

Betulke kebanyakkan orang-orang besar PAS percaya Anwar meliwat? Bodohlah mereka? Tetapi kalau mereka percaya mungkin orang kebanyakan pun percaya.

Kata mantan PM, kalau berita bohong itu diulang-ulang, lama-lama orang percaya ianya benar. Jadi satu kuasa di Malaysia ini berusaha agar isu liwat Anwar ini diulang-ulang sampai orang semua percaya Anwar peliwat.

Tapi in the first place, kes ini tak bersabitlah! Saiful budak muda kena liwat dengan Anwar yang tua bangka?! Tak logic……

Kedua Saiful ni pun bukannya macho lagi hansem. Takkanlah Anwar tak leh ambik orang yang lagi hebat, napa nak ambik budak nerd yang poyo tu?

Ketiga, napa Si Saiful ni tak melawan kalau tak suka diliwat? Unless dia pun sendiri suka kena fuck.

Keempat, kalau dia suka, napa dia buat laporan?Mestilah nak glamer dan nak duit. Pondan2 memang giler glamer. Tapi sapa yang kasi duit? Bekas PM ke TPM sekarang?

Kelima, kononnya lepas kena liwat dia jumpa Najib. Takkanlah dia tak mandi dulu bersihkan badan dia. Takkanlah dia jalan kehulu ke hilir dengan lendir-lendir melekat-lekat dilubang jubor dia tu.

Keenam, Anwar meliwat? Mustahilllll…. anwar tu dah menopause pun.

Ketujuh, mana pergi mak bapak dia. Sapa uncle pet tu? Uncle dia kah? Napa nama dia uncle pet? tak da nama melayu yang sopan ke? Nama glamer semacam. Ni satu family giler glamer.

Kelapan, apsal Saiful tu muka happy bila buat laporan? Takda muka malu2, ishh tak malu ke kena liwat dgn jantan. Lemahhh siot…

Kesimpulannya, orang bodoh je percaya kes ni. Pikir byk-byk kali, mustahil kes ni nak bersabit. Saiful tu nak duit je, sanggup jual maruah kerana duit. Tu la melayu Malaysia rebah dek wang.

July 25, 2008 Posted by | Uncategorized | 1 Comment

Mahathir disebalik kisah liwat Anwar?

ada orang kata Mahathir adalah dalang kisah liwat terbaru Anwar ini. Entah ya ntah tidak?

Kononnya Mahathir tidak sanggup melihat Anwar naik dan membongkar segala kebusukan dizaman pemerintahannya dulu. Kerana tidak sanggup melihat Anwar menuju ke Putrajaya, Mahathir terpaksa membuat konspirasinya sekali lagi.

Beliau sahaja yang kelihatan mempunyai pengaruh dikalangan orang-orang lama di dalam kerajaan. Beliau sahaja yang mempunyai kekuatan politik untuk menjatuhkan Anwar.

July 25, 2008 Posted by | Uncategorized | 4 Comments

En. Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia

Hari ini bersamaan 25.7.08, Malaysia masih lagi dalam haru biru setelah kekuasaan 2/3 oleh para establishment iaiti BN dimusnahkan.

Walaupun masyarakat sudah penat dengan drama yang tidak berkesudahan, masyarakat masih lagi menanti melihat En. Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru.  Mereka sudah tidak dapat bersabar melihat regim lama digantikan dengan satu regim yang baru dan segar, sebelum mereka meningggalkan dunia ini.

Dengan itu, kami menyeru semua manusia memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada En Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 secepat yang mungkin. Kami berharap, massa berdoa setiap hari, memberi apa jua bantuan tidak kira bantuan kewangan, moral atau fizikal agar En. Anwar menjadi Perdana Menteri yang baru.

Semoga Tuhan merahmati kita semua.

Anwar For Prime Minister of Malaysia

Today is 25.7.08, Malaysia is still in the turmoil after the wiped out of the 2/3 majority power of the establishment regime a.k.a BN.

Though people are now tired of the drama after drama; people at large still eager want to see En Anwar Ibrahim as the next Prime Minister of Malaysia. They can’t wait to see the old regime being replace with a new regime, a thing that there hope before they die.

By that, we hope everybody give full support for En Anwar to become the 6th Prime Minister of Malaysia soonest possible. We hope that the masses pray everyday. Give any support either financially or morally or physically for En. Anwar as the next Prime Minister.

May God AlMighty bless us all.

July 25, 2008 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Berbalah kerana istilah tidak selesaikan masalah

Oleh MOHD. ARIF ATAN, Universiti Malaya.

Bosanlah! Barangkali itulah kata paling tepat untuk menggambarkan pergolakan siasah tanah air kebelakangan ini berhubung pertemuan dua parti politik pilihan majoriti bangsa Melayu iaitu UMNO dan Pas.

Jadi atau tidak itu satu hal. Masalahnya, apabila wujud suatu keadaan yang seperti berbalah dalam memilih istilah hanya untuk menerangkan definisi pertemuan atau perbincangan berkenaan.

Terbaharu, apabila Pas seolah-olah meletakkan syarat agar pertemuan itu dipanggil ’muqabalah’ bukannya muzakarah seperti yang umum sedia maklum.

Persoalannya, wajarkah pihak media sekaligus termasuk juga masyarakat awam dipersalahkan pula kononnya seperti ’bodoh’ tidak memahami penggunaan istilah bahasa Arab? (Utusan Malaysia, 24 Julai 2008).

Bagi mereka, istilah muqabalah bermaksud bersemuka manakala muzakarah pula berdebat walaupun Kamus Dewan keluaran Dewan Bahasa dan Pusataka (DBP) mentakrifkan muzakarah yang merupakan kata serapan dari bahasa Arab adalah sebagai ”perbincangan atau pertukaran pendapat tentang sesuatu masalah dan sebagainya”.

Jadi, untuk tidak menimbulkan salah faham dan pening kepala di kalangan rakyat yang bukannya berlatarbelakangkan pengajian bahasa Arab seperti kebanyakan pemimpin Pas maka lebih molek agar istilah dalam bahasa Melayu sahaja yang digunakan.

Tidak perlulah bertelagah tentang mana satu istilah yang dirasakan gah. Tambahan pula, baik ’orang’ Pas atau UMNO, kita semua bukanlah orang Arab yang mesti menggunakan bahasa Arab.

Aturkan segera sesi ’bersemuka’ jika benar itulah yang dimaksudkan jika tidak pun mahu ’berdebat’. Sekurang-kurangnya dalam masa bersemuka itu diharapkan akan berputiklah kemahuan untuk berbincang tentang bagaimana kita dapat mengekalkan kedaulatan hak dan maruah orang Melayu sekaligus agama Islam tanpa mengorbankan ideologi atau pendirian parti politik masing-masing.  

’Keributan’ para pemimpin Melayu kita memilih sama ada pendekatan muzakarah atau muqabalah hanya akan ditertawakan oleh orang lain bahawa sampai bila pun masalah orang Melayu tidak akan dapat diselesaikan kerana pemimpinnya hanya lebih suka berbalah.

Ketidaktentuan kita yang sibuk berbicara tentang soal-soal teknikal seperti istilah ini tidak banyak membantu kelangsungan hak, kepentingan, maruah dan masa depan bangsa Melayu.

Tidakkah kita sedar disebabkan sebahagian pemimpin Melayu begitu taksub dengan politik kepartian serta hanya tahu menimbun diri dengan kekayaan dan kemewahan, satu demi satu kepentingan dan hak orang Melayu lenyap ke tangan orang lain yang sebenarnya senyap-senyap melakukan ’muzakarah’ mahupun ’muqabalah’ demi kepentingan kaum mereka? Fikir-fikirkanlah.

July 24, 2008 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

PAS Menyertai BN : Direstui

Setelah berfikiran panjang dan berbincang dengan ahli-ahli panel. Maka melayuliberal menyokong usaha perkongsian kuasa antara PAS dan UMNO.

Semoga perkongsian kuasa ini dapat mengembalikan kuasa Melayu dan membetulkan benda-benda yang tidak betul seperti isu papan tanda jalan, bahasa vernakular yang berleluasa, budaya asing yang kini menjadi dominan dll.

July 23, 2008 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Isu papan tanda jalan: Tanda perlunya perkukuhkan dasar nasionalisme

23 Julai 2008

Oleh MOHD. ARIF ATAN

Sebelum ini usaha Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) cuba menaikkan papan tanda jalan berserta tulisan jawi terus sahaja diserang dengan alasan membazir, cauvinisme Melayu dan tidak mempunyai ʽsemangatʼ Malaysia.

Namun, tidakkah tindakan sekumpulan anggota Gerakan yang telah meletakkan enam papan tanda jalan berbahasa Cina di Georgetown baru-baru ini sudah terang lagi bersuluh membazir serta begitu tebal rasa perkaumannya?

Jalan-jalan terbabit ialah Lebuh Pantai, Lebuh Burma, Lebuh Chulia, Lebuh Carnarvon, Jalan MacAlister dan Jalan C.Y.Choy.

Kesemua nama jalan tersebut kecuali Jalan C.Y. Choy kemudiannya ʽdihadiahkanʼ dngan nama dalam dialek Kantonis. 

Lebuh Pantai dirujuk sebagai Tho Kok Kay yang bermaksud Lebuh Jualan Borong; Lebuh Burma dipanggil Chia Chooi Lor yang bererti Jalan Terusan; Gu Gan Tang (Lebuh Kandang Lembu) untuk Lebuh Chulia;  Lam Chan Ah (Sawah Padi Lumpur) untuk Lebuh Carnarvon serta Tiong Lor (Jalan Tengah) untuk Jalan MacAlister.

Jika tindakan tersebut dibiarkan atas pertimbangan tarikan pelancong dari negara Republik Rakyat China (RRC), adakah selepas ini jalan-jalan lain juga akan mempunyai papan tanda ʽalternatifʼ seperti itu?

Alasan untuk menarik perhatian pelancong China juga tidak tepat memandangkan di RRC sendiri bahasa rasmi yang digunapakai secara meluas oleh 56 suku kaum di republik itu ialah bahasa Mandarin. Ini bermakna bukan semua di kalangan mereka faham dialek Kantonis terutama dari wilayah utara (terletaknya Beijing) dan tengah China.

Malah, umum sedia maklum sebahagian pelancong dari negara itu ke Malaysia juga sebenarnya adalah ʽpelencongʼ kerana menyalahgunakan visa pelancong, pas pelajar, pas kerja atau pas perkahwinan. Buktinya, pada tahun lalu sahaja dianggarkan lebih 70 peratus iaitu 2,800 daripada 4,000 orang wanita negara China didapati menyalahgunakan visa pelancong yang dipercayai berkemungkinan besar terjebak dalam aktiviti pelacuran. (Utusan Malaysia, 27 November 2007).

Selain itu, wujud juga unsur penyalahgunaan logo Visit Malaysia lantaran tidak mendapat kebenaran daripada pihak Kementerian Pelancongan sepertimana yang dinyatakan sendiri oleh menterinya, Datuk Seri Azalina Othman.

Pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) terhadap Georgetown sebagai antara 27 tapak warisan dunia awal bulan ini juga tidak bermakna apabila wujud kecenderungan mahu menonjolkan warisan budaya yang jauh tiada beza dengan apa yang ada di negara China. 

Paling penting, Keluhuran Perlembagaan yang terkandung dalam salah satu Rukun Negara juga nampaknya tidak benar-benar dihayati. Jika dikaitkan dengan Perkara 152, adakah bahasa selain daripada bahasa Melayu sewenang-wenangnya boleh digunakan pada tanda nama jalan yang merupakan suatu keadaan yang rasmi sifatnya?

Sudahlah mencabar perlembagaan malah mencabar pula semangat Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang bertunjangkan kebudayaan asal masyarakat rantau ini. Laungan mahu menjadi bangsa maju mengikut acuanʼ kita sendiri juga diabaikan apabila ʽacuanʼ yang ada kini lebih berkiblatkan bahasa dan budaya negara lain.   

 

Apabila menyentuh soal jati diri pula, jati diri apa yang mahu ditonjolkan melalui papan tanda jalan seperti itu? Jati diri kebangsaan atau jati diri perkauman?

Persoalan seterusnya, adakah tindakan sedemikian dapat membantu perpaduan antara kaum sedangkan jurang komunikasi kian dipisahkan melalui berleluasanya penggunaan bahasa vernakular?

Lebih malang pula taraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di tanah airnya sendiri. Pada ketika peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu disempitkan melalui pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), bahasa dari ras lain bukan sahaja kekal malah semakin berkembang menerusi langkah dan campur tangan politik perkauman di negara ini.

Hakikatnya, masyarakat Cina sebenarnya telah banyak ʽdiberi mukaʼ dalam apa yang mereka anggap sebagai memelihara budaya dan bahasa mereka sehingga seperti sudah sampai peringkat mengabaikan pula teras atau akar bahasa dan kebudayaan kebangsaan.  

Perangkaan oleh Kementerian Pelajaran menunjukkan pada tahun 2006 sahaja terdapat sejumlah 1,288 buah sekolah jenis kebangsaan Cina (SRJKC) di seluruh negara dan akan ditambahkan lagi dari semasa ke semasa. Itu belum termasuk lagi jumlah sekolah persendirian, kolej dan universiti milik mereka. Berdasarkan laman sesawang Bahagian Pelajaran Swasta yang belum dikemaskini, sehingga 2005 terdapat 60 buah sekolah menengah persendirian Cina dengan jumlah 51,234 orang pelajar di seluruh negara

Malah, program bahasa Cina termasuk Tamil sudah pun diperkenalkan kepada ribuan pelajar di sekolah-sekolah kebangsaan seluruh negara di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan sejak awal tahun lalu.

Bahasa mereka juga begitu luas tersebar melalui puluhan stesen dan program televisyen, penerbitan akhbar yang jauh melebihi bilangan akhbar berbahasa kebangsaan serta penghasilan filem sehingga wujud kategori Anugerah Filem Terbaik Bukan Melayu bermula Festival Filem Malaysia ke-20 (FFM20) tahun lalu.

Tidak cukupkah semua itu sehingga papan tanda jalan pun mesti dalam pelbagai bahasa?

Barangkali juga isu papan tanda jalan ini sebenarnya satu petanda jelas untuk kita kembali memahami, menghayati seterusnya mencorakkan rupa bangsa Malaysia ini dengan ciri nasionalisme sebenar yang menekankan kebudayaan tempatan atau asal tanpa terlalu banyak tunduk kepada kehendak-kehendak bersifat perkauman melampau.

July 23, 2008 Posted by | Uncategorized | 1 Comment

PAS kissing UMNO? Who Cares!

A lot of my friends ask me to comment on the latest gossip about PAS who want to leave Pakatan and joining UMNO.

 

Haven’t I wrote and published on 24 June 2008 asking mankind to throw PAS and UMNO away. That is long before the confess of our beloved Prime Minister of Malaysia that he, as a capacity of UMNO’s President had met PAS’s top people 3 times, to talk about a lot of thing.

 

Well, I believe they will do that. And I heard that UMNO will give a lot of thing including no.2 post in Malaysia if PAS joining BN.

 

Truthfully, I do hope so, because by that people will clearly see the evil of the right winger.

 

All this while 2 rightist are fighting each other to show who is the farthest right. And people without any choice have to choose between one.

 

But the emergence of the left wing parties nowadays has begun to attract Malaysian. New Malaysians who did not have any experience in seeing leftist, now can slowly see, learn and adapt the left ideology. It takes time, but it is better than nothing.

 

By having PAS joining BN, Malaysians are actually seeing 2 rightist parties become one. And that is better, because their influence will be reduced.

 

And when the rightist screwed up, the leftist can claim, “Look at what happen to the rightist, they said they are holier-than-thou but actually they are the devil in disguise”.

July 21, 2008 Posted by | Uncategorized | , , , | Leave a comment

Islam itu banyak sifatnya

Melayu Malaysia seringkali melihat Islam sebagai satu ajaran agama yang berdiri dengan sendirinya. Yang terpisah jauh dengan ajaran-ajaran keagamaan dan ajaran-ajaran falsafah yang lain.

Lalu Melayu Malaysia akan seringkali mengsesatkan dan memurtadkan dan memandang hina mereka yang mengambil contoh-contoh dari sarjana-sarjana bukan Islam atau kitab-kitab bukan dari al-Quran.

Islam itu adalah fitrah manusia. Maksudnya Islam itu adalah sanubari hati dan fikiran manusia. Apa yang nafsu dan akal kita buat dan fikirkan maka itulah Islam. Maka Islam itu sesungguhnya senang untuk disebadikan dengan tubuh badan manusia.

Dikeranakan Islam itu fitrah manusia, maka terdapatnya banyak sifat-sifat karangan rekaan manusia di dalam Islam. Jikalau manusia bersifat ‘reasoning’ maka kita dapat lihat di dalam Islam itu adanya nationalism, sosialisme, demokrasi, liberalisme dll.

Bukti kewujudan nationalisme dalam Islam adalah Nabi menmperkenalkan satu Tuhan, satu kitab, satu ketua, satu undang-undang, satu hukuman dan satu cara hidup. Konsep semuanya satu ini adalah konsep nationalisme.

Bukti kewujudan sosialisme dalam Islam adalah terdapatnya zakat. Zakat ini tujuannya untuk mengambil harta orang kaya dan diberi kepada orang miskin. Ini adalah sosialisme.

Bukti kewujudan demokrasi adalah wujudnya bai’ah kepada nabi. Bai’ah ini adalah kesetujuan rakyat untuk memilih seseorang sebagai ketua. Dunia moden bagi bai’ah adalah undi pilihanraya. Dunia moden bagi majlis syura adalah parlimen. Dan nabi tidak pernah memilih sesiapa pun untuk menggantikannya bagi jawatan Presiden Madinah, begitu juga Abu Bakar, Omar, Uthman dan Ali.

Bukti kewujudan liberalisme ianya Islam itu mengatakan dunia itu bersifat halal kepada manusia kecuali diharamkan oleh Islam secara terang lagi nyata. Maksudnya hanya sedikit yang haram dan selainnya adalah halal.

July 20, 2008 Posted by | Uncategorized | 1 Comment

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.